Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 May, 2009

Something wrong with PKR Sarawak?

SRI AMAN, Selasa (5 Mei) – Laman web sarawakupdate.com.my semalam telah melabelkan Parti KeAdilan Rakyat (PKR) sebagai Parti Hantu Tenggalan (PHT) berhubung kelembapan tindakan pemimpin de factonya iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan jawatankuasa induk parti terbabit dalam negeri ini.

Menurut laman web berkenaan, PKR Sarawak kini hanya mempunyai ‘kepala namun hilang seluruh anggota tubuh badannya‘ gara-gara disebabkan oleh tindakan melulu Anwar selaku pengerusi PKR negeri ini dalam membuat keputusan berhubung pergerakan parti terbabit sebelumnya.

“Hasrat beliau untuk merampas Sarawak daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang hanya boleh dianggap sebagai mimpi sahaja kerana struktur PKR Sarawak tidak ubah seperti Hantu Penanggal (Tengalan) yang ‘hanya berkepala dan tiada anggota badan’.

“Jadi persoalannya ialah bagaimanakah PKR boleh merampas Sarawak daripada BN tanpa jawatankuasa induknya selama ini?” menurut editor laman web berkenaan iaitu Abdul Hakim Bujang ketika dihubungi hari ini.

Selain itu faktor krisis dalaman PKR Sarawak yang meruncing sebelum ini menurut beliau juga berkemungkinan menjadi penyebab utama bagi Anwar untuk tidak membentuk jawatankuasa induk parti berkenaan selama ini.

Malahan Anwar menurut editor laman web berkenaan mungkin berada dalam keadaan serba salah atau dilemma untuk memilih ahli jawatankuasa induknya berpandukan kepada aspek ‘racist’ dalam PKR Sarawak.

“Lagipun seperkara lagi, kebanyakkan ahli PKR Sarawak terdiri daripada bekas ahli BN yang sebelum ini diketahui ‘tidak sebulu’ dan pernah mempunyai rekod tidak setia terhadap parti politik masing-masing.

“Jadi secara politiknya, anda sendiri dapat membayangkan masa depan PKR Sarawak berpandukan kepada faktor ini. Semua ini terpulang kepada Anwar sendiri untuk menyelesaikan masalah parti berkenaan sebelum pilihan raya akan datang,” katanya.

Tamat.





No comments:

Post a Comment