Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 May, 2009

Shamshuddin mahu semua agensi bersepadu perangi dadah


Caption: UNTUK ALBUM...Shamshuddin (tengah) bersama dengan wakil jabatan kerajaan dan NGO’s merakamkan gambar kenangan bersama dengan sepanduk MTBD sebaik sahaja selesai mesyuarat kelmarin.

SRI AMAN, Khamis (30 April) – Penglibatan bersepadu agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO’s) dan masyarakat sivil dilihat sebagai satu keperluan yang amat penting dalam usaha membenteras gejala penggunaan dadah di negara ini.

Residen Bahagian Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji berkata usaha bersepadu ini amat penting dalam merealisasikan visi Malaysia Bebas Dadah menjelang tahun 2015 kelak.

“Adalah amat penting untuk kita menggerakan masyarakat sivil khususnya dari sekitar daerah Sri Aman ini untuk menentang penyalahgunaan dadah yang dianggap sebagai musuh negara mulai sekarang.

“Justeru untuk mencapai Visi Malaysia Bebas Dadah menjelang tahun 2015 nanti semua golongan masyarakat sivil perlu diberi kefahaman dan kesedaran mengenai bahaya ancaman dadah menerusi program yang diadakan secara bersepadu oleh pihak kita semua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Membenteras Dadah (MTMD) Bil 1 / 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Sri Aman semalam.

Selain itu perlaksanaan MTMB peringkat bahagian ini menurut beliau adalah merupakan usaha kerajaan di peringkat akar dalam usaha membenteras gejala dadah yang mengancam keselamatan negara.

Penubuhan jentera penyelerasan perlaksanaan yang tersusun rapi kata Shamshuddin di semua peringkat diharap berupaya mengembleng tenaga serta penglibatan semua agensi kerajaan yang berkaitan, NGO’s dan masyarakat sivil.

“Atas sebab ini semua pihak yang bertanggungjawab dan diberi kuasa perlu mengambil tindakan serta memainkan peranan yang lebih agresif bagi membenteras gejala dadah secara menyeluruh,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment