Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 May, 2009

Sahlan 'boss baru' JPJ Sri Aman


Caption: RASMI...Zolkipli (kanan) menyerahkan dokumen serah tugas kepada Sahlan (kiri) sambil disaksikan oleh Hamed (tengah), Teng (belakang kiri) dan Nelson (belakang kanan) ketika berlangsungnya majlis hari ini.

SRI AMAN, Khamis (14 Mei) – Jawatan Ketua Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bahagian Sri Aman secara rasminya telah dipangku oleh Mohd Shahlan Hasmi menerusi sebuah upacara yang berlangsung di pejabat jabatan di sini pada jam 11 pagi hari ini.

Sahlan telah memangku jawatan terbabit berkuatkuasa mulai hari ini apabila penjawat asalnya iaitu Zolkipli Haji Kawi telah berpindah tugas ke Kuching untuk memegang jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa Unit Pendakwaan Gred N.36 JPJ Negeri Sarawak.

Penyerahan tugas jawatan Ketua Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bahagian Sri Aman di antara Zolkipli dan Shahlan telah disaksikan oleh Pengarah JPJ Negeri Sarawak iaitu Abdul Hamed Akob.

Hadir sama ialah untuk menyaksikan majlis tersebut ialah Penolong Pengarah Pengurusan JPJ Negeri Sarawak, Teng Jin Kuen, Penolong Pengarah Perlesenan Pemandu JPJ Negeri Sarawak, Nelson Braim dan kakitangan JPP Bahagian Sri Aman.

Terdahulu, Zolkipli telah memegang jawatan Ketua Pejabat JPJ Bahagian Sri Aman berkuatkuasa pada 14 Januari 2004 lalu.

Beliau kemudiannya dinaikkan ke pangkat Gred N.36 dan seterusnya berpindah ke JPJ Negeri Sarawak untuk memegang jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa Unit Pendakwaan JPJ Negeri Sarawak berkuatkuasa mulai 15 Mei ini.

Manakala Sahlan yang juga turut berkhidmat di Pejabat JPJ Bahagian Sri Aman pada tahun 2004 dahulu kini telah memangku jawatan terbabit menerusi gred pangkat N.27 untuk mengantikan kedudukan Zolkipli yang sebelumnya.

Tamat.







No comments:

Post a Comment