Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 May, 2009

Projek RES Fasa I di Ran - Punggu - Lachau hampir siap kata Masir


SRI AMAN, Jumaat (8 Mei) – Penduduk dari 20 buah rumah panjang dan rumah persendirian dalam kawasan Ran – Punggu – Lachau, Sri Aman dijangka akan menikmati kemudahan Bekalan Elektrik Luar Bandar (RES) tidak lama lagi.

Ahli Parlimen Sri Aman, Masir anak Kujat ketika dihubungi hari ini berkata, pihak syarikat Shorefield Sendirian Berhad kini masih lagi sedang melakukan kerja pendawaian elektrik dari rumah ke rumah dalam kawasan berkenaan.

“Kerja pendawaian elektrik dari rumah ke rumah bagi tujuan RES ini akan siap sepenuhnya dalam tempoh sebulan dan penduduk Ran – Punggu – Lachau dijangka akan menikmati kemudahan RES selepas ianya siap kelak,” katanya.

Selain itu katanya projek perlaksanaan kemudahan RES Fasa I yang dilaksanakan oleh kerajaan menerusi syarikat Shorefield Sendirian Berhad di ketiga-tiga kawasan berkenaan telah menelan belanja sekitar RM5.7 juta.

Sekiranya projek perlaksaan kemudahaan RES Fasa I di kawasan terbabit sudah siap kelak, projek RES Fasa II pula kata Masir akan menyusul menerusi penyediaan kemudahan bekalan elektrik terbabit dari Pekan Lachau @ Keranggas Gayau hingga ke kawasan Abok.

“Jadi saya berharap agar penduduk di kawasan Ran – Punggu – Lachau terus bersabar untuk menikmati kemudahan RES yang dijangka akan siap perlaksanaannya tidak lama lagi.

“Harapan saya ialah projek RES ini nanti dapat mengubah taraf hidup mereka ke satu peringkat yang lebih tinggi daripada sekarang...tiada lagi pergantungan terhadap bekalan elektrik dari enjin janakuasa dengan adanya bekalan elektrik 24 jam ini kelak,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment