Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 May, 2009

Kempen anti nyamuk di Munggu Sabun 23 Mei ini

SRI AMAN, Sabtu (16 Mei) – Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) akan menganjurkan Kempen Anti-Nyamuk dan Gotong-Royong bertempat di kawasan Taman Nanang dan Munggu Sabun, Jalan Bayu, Sri Aman pada 23 Mei ini.

MDSA menerusi kenyataan medianya baru-baru ini memberitahu kempen itu bertujuan untuk mendidik orang ramai tentang betapa pentingnya aspek menjaga kebersihan di kawasan penempatan masing-masing.

“Orang ramai perlu sedar bahawa kebersihan boleh menyumbang kepada kurangnya risiko masalah kesihatan yang bakal dihadapi oleh mereka lebih-lebih lagi risiko serangan wabak Deman Denggi yang berpunca dari nyamuk Aedes.

“Justeru pihak kami menerusi kempen ini mahu mendedahkan pelbagai maklumat penting kepada orang ramai tentang langkah pengawalan terhadap pembiakan nyamuk Aedes di kawasan masing-masing,” katanya.

Selain itu katanya pihak MDSA juga mahu orang ramai menyedari hakikat bahawa penyakit Demam Denggi dan Denggi Berdarah adalah disebabkan oleh nyamuk Aedes yang membiak di kawasan kotor atau tempat air bertakung.

Adalah amat penting bagi orang ramai untuk membasmi kawasan takungan air berkenaan seperti membakar atau menanam sampah sarap di dalam tanah disamping mempratikkan penggunaan racun pembunuh Jentik-Jentik.

“Justeru program itu nanti dijangka dapat mendidik penghuni di penempatan berkenaan untuk membersihkan kawasan penempatan masing-masing dari masa ke semasa,” katanya.

Kempen yang akan bermula seawal jam 8 pagi itu nanti akan dirasmikan oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis.

Justeru itu jelas kenyataan itu lagi, penduduk setempat dari kedua-dua kawasan terbabit dijemput hadir bagi bersama-sama menjayakan aktiviti kempen itu kelak.

Tamat.

No comments:

Post a Comment