Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 May, 2009

Jangan takut dengan pegawai tidak bertanggungjawab - Uggah


Caption: BINCANG...Seorang ketua kaum (kanan) sedang memperkatakan sesuatu kepada Uggah (tengah) dan setiausaha politik beliau, Dr Richard Rapu (kiri) ketika berlangsungya majlis baru-baru ini.

BETONG, Isnin (4 Mei) - Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli, Datuk Douglas Uggah anak Embas menasihat penduduk luar bandar agar tidak berasa terancam oleh pegawai kerajaan yang boleh menyebabkan timbulnya rasa tidak senang penduduk terhadap wakil rakyat di kawasan masing-masing.

Menurut Uggah terdapat penduduk di sini yang melaporkan bahawa sesetengah jabatan kerajaan bertindak menolak permintaan penduduk itu sendiri untuk menyuarakan masalah masing-masing terhadap beliau.

“Jangan berasa takut terhadap golongan pegawai yang tidak bertanggungjawab terbabit. Apa yang perlu anda (penduduk) lakukan ialah terus menyuarakan hak anda berhubung hal peruntukkan kerajaan.

“Jika mereka (pegawai kerajaan) enggan bekerjasama dengan anda maka maklumkan kepada saya hal ini dan perkara ini akan di bawa terus kepada kementerian yang berkaitan bagi tindakan selanjutnya,”menurut beliau ketika berucap merasmikan majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Manggot, Spaoh, Betong baru-baru ini.

Selain itu Uggah juga mahu penduduk di kawasan parlimen Betong untuk menjadikan beliau sebagai jambatan bagi menyalurkan masalah mereka terhadap kerajaan dari masa ke semasa.

Ini menurut beliau demi membolehkan kerajaan mengetahui masalah penduduk di kawasan ini secara menyeluruh dan seterusnya melaksanakan pelbagai pelan pembangunan yang lebih efektif di masa akan datang.

“Anda (penduduk) memilih saya untuk berkhidmat di kawasan ini...jika anda tidak meluahkan masalah anda kepada saya jadi mengapa memilih saya sebagai ‘jambatan’? Saya adalah wakil rakyat anda di sini dan sampaikanlah masalah anda kepada saya,” katanya.

Terdahulu Uggah juga turut menghadiri sesi majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Medang dan Supak, Betong.

Beliau telah mengumumkan peruntukkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) di antara RM3,000 hingga RM30,000 untuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK), surau, masjid, Persatuan Ibubapa dan Guru, badan belia dan wanita pada ketiga-tiga majlis perjumpaan bersama rakyat berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment