Caption: SIMBOLIK….Mong ketika memukul gong sebagai tanda perasmian majlis berkenaan sambil disaksikan Shahrizan (dua kiri) dan tetamu yang lain.
PANTU, Khamis (17 Jun) – Faktor harga baja dan tempoh masa pemasaran dipercayai telah mengurangkan minat para penduduk di kawasan Sungai Tenggang, Pantu, Sri Aman untuk meneruskan aktiviti perternakan Ikan Keli sebelum ini.
Menteri Muda Pertanian (Penyelidikan dan Penyelarasan), Mong anak Dagang berkata kadar harga baja yang mahal dan kegagalan penternak ikan keli untuk menjual hasil masing-masing mengikut jadual pemasaran menjadi punca bagi mereka untuk kurang bersemangat meneruskan aktiviti terbabit.
“Justeru kerajaan menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah menyediakan Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Ikan Air Tawar berdekatan dengan pasar Sungai Tenggang untuk menyelesaikan masalah pemasaran para penternak berkenaan.
“Bagaimanapun saya menaruh harapan agar kos baja untuk penternakan ikan Keli dapat dikurangkan supaya pentenak Ikan Keli dalam negeri Sarawak khususnya di kawasan Sungai Tenggang, Pantu, Sri Aman akan memperoleh hasil yang lebih lumayan selepas ini,” katanya.
Mong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Pusat Pengumpulan Dan Pemasaran Ikan Air Tawar dan Ngiling Bidai 2010 di Rumah Lanchum anak Dagang Kampung Sungai Tenggang, Pantu, Sri Aman kelmarin.
Beliau juga menambah bahawa usaha FAMA untuk menubuhkan Pusat Pengumpulan Dan Pemasaran Ikan Air Tawar di kawasan Sungai Tenggang akan dapat menaikkan semula semangat penduduk untuk meneruskan aktiviti penternakan Ikan Keli selepas ini.
“Projek penternakan Ikan Keli mampu membuahkan hasil yang lumayan sekiranya ia diusahakan dengan gigih. Oleh itu mereka yang sebelum sudah putus asa untuk meneruskan projek ini diseru agar kembali untuk mengusahakan projek tersebut selepas ini,” katanya.
Hadir sama ialah wakil Pengarah FAMA Negeri Sarawak, Shahrizan Sudiman, Pegawai Penerangan JASA Parlimen P.202 Sri Aman, Whelton Lumpoi, para ketua jabatan kerajaan dan ketua kaum dari sekitar kawasan Pantu.
Sehingga kini sejumlah 24 penternak ikan Keli dari kawasan Sekitar Sungai Tenggang, Pantu, Sri Aman telah melibatkan diri dalam projek penternakan Ikan Keli.
Tamat…
.

No comments:
Post a Comment