Caption: RASMI…Nyalau (tiga kiri) dan Rayong (tengah) bersama Tr Gaie (kanan sekali) ketika memotong kek sebagai tanda perasmian majlis itu.
ENGKILILI, Isnin (7 Jun) – Kelalaian boleh menimbulkan kerugian terhadap penduduk di kawasan luar bandar terutama sekali ketika menggunakan bahan api atau peralatan elektrik dalam rumah masing-masing ketika berlangsung sesebuah perayaan besar.
Sambil mengambil ikthibar dari kejadian kebakaran yang berlaku di Melaban, Betong pada 3 Jun lepas, Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak menasihatkan penduduk agar bersikap berhati-hati ketika menggunakan peralatan tersebut selepas ini.
“Kejadian kebakaran sepertimana yang berlaku di Melaban, Betong baru-baru ini adalah merupakan musuh utama bagi penduduk yang tinggal di kawasan rumah panjang semenjak dari dahulu hingga sekarang.
“Ia disebabkan oleh punca kecuaian penduduk ketika mengendalikan peralatan elektrik dan bahan api di dalam bilik masing-masing. Justeru saya berharap agar mereka lebih berwaspada berhubung isu terbabit mulai sekarang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Gawai Dayak Bersama Yang Berhormat anjuran JKKK Gaie @ Maing Lidong, Betong di Balai Raya Skim Skrang, Engkilili pada 5 Jun lepas.
Selain itu Nyalau juga mahu penduduk rumah panjang untuk mencontohi sikap penduduk di bandar yang dilihat lebih prihatin dalam menjaga keselamatan rumah masing-masing dari masalah kebakaran.
“Mereka (penduduk bandar) juga tinggal di kawasan rumah teres seperti di rumah panjang. Namun begitu amat jarang berlakunya kejadian kebakaran yang menghanguskan deretan rumah teres mereka seperti yang berlaku di rumah panjang selama ini.
“JKKK dan ketua kampung harus mengambil berat tentang hal ini mulai sekarang. Mereka harus mendidik penghuni rumah panjang masing-masing untuk mengelak kejadian kebakaran dari masa ke semasa,” katanya.
Terdahulu Nyalau menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM7,000 kepada JKKK Gaie @Maing manakala RM3,000 lagi untuk biro wanita rumah panjang terbabit.
Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa, Pegawai Penerangan Parlimen Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) P.203 Lubok Antu Geoffery Baja anak Ricky Maba dan ketua kaum dari sekitar kawasan Skrang, Engkilili.
Tamat.....

No comments:
Post a Comment