SRI AMAN, Sabtu (12 Jun) – Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman akan mengadakan Majlis Pelancaran Hari Tibi Sedunia Peringkat Negeri Sarawak 2010 bertempat di Kompleks Sukan Lubok Antu pada 24 Jun ini.
Jurucakap penganjur ketika dihubungi berkata program yang bakal melibatkan penyertaan seramai 500 penduduk ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran penduduk berhubung dengan beban penyakit Tibi dalam komuniti atau negeri.
“Program ini juga turut memaklumkan cara-cara pencegahan dan pengawalan penyakit Tibi kepada penduduk pada peringkat negeri dan kebangsaan demi mengurangkan kadar penduduk yang menghidap penyakit itu.
“Justeru diharap agar Majlis Pelancaran Hari Tibi Sedunia Peringkat Negeri Sarawak 2010 ini dapat melibatkan seluruh lapisan penduduk untuk sama-sama memerangi penyakit Tibi dengan tema ‘On The Move Against Tuberculosis’,” katanya.
Selain itu program ini katanya juga bertujuan untuk mengubah persepsi penduduk berhubung salah faham dan stigma kepada pesakit tibi disamping mengubah amalan mereka berhubung kesedaran dalam pengesanan awal penyakit Tibi.
Malahan program ini katanya juga secara tidak langsung akan memberi kesedaran kepada penduduk tentang bertapa pentingnya peranan mereka dalam membantu pihak kesihatan bagi memerangi penyakit Tibi selepas ini.
“Kumpulan sasaran untuk program ini adalah wakil rakyat, ketua jabatan, ketua kaum, ketua agama, penduduk sekitar Pekan Lubok Antu, penduduk dari 10 buah rumah panjang yang terpilih dalam projek perintis ACSM (Advocacy, communication and Social Mobilization) dan para guru serta pelajar dari sekolah menengah dalam pekan ini.
“Pelancaran Hari Tibi Sedunia Peringkat Negeri Sarawak 2010 yang bermula pada jam 8 pagi itu nanti akan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai, Malcom Mussen anak Lamoh pada jam 11 pagi. Justeru penduduk dijemput hadir pada majlis itu nanti,” katanya.
Antara aktiviti yang akan berlangsung pada majlis itu nanti ialah Pameran Kesihatan Mengenai Penyakit Tibi, Ujian Saringan Kesihatan dan TIBI, Pertandingan menulis esei dan melukis poster (Peringkat Sekolah), Ceramah Mengenai Penyakit Tibi, Program Anti Tembakau oleh Unit Penguatkuasaan, Kuiz penyakit Tibi, Pertandingan Mewarna dan Pemberian Hamper kepada Pesakit Tibi dan Bekas Pesakit Tibi
Tamat.
Feel free to visit my news blog here also: newsriamannews.blogpsot.com
Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman
Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.
13 June, 2010
Majlis Hari Tibi Peringkat Negeri di Lubok Antu 24 Jun ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment