Mugshot:
1. COLLIN...Ikon
2. ROY....Adat
3. JEOFFERY...Jangan sembunyi gula
SRI AMAN, Jumaat (11 Jun) – Kini sudah hampir 11 hari semenjak bermula sambutan Perayaan Gawai Dayak 2010 semenjak ia mula diraikan oleh semua penduduk kaum Dayak pada 1 Jun lepas.
Sudah tentunya menerusi perayaan Gawai Dayak 2010 ini para penduduk kaum Dayak moden meraikan sambutan perayaan itu bersama dengan ahli keluarga dan rakan masing-masing.
Walaupun menikmati kuih dan minuman keras sudah menjadi lumrah utama dalam sambutan perayaan Gawai Dayak pada setiap tahun namun isu gula sedikit sebanyak telah memberi impak terhadap mereka bagi perayaan Gawai Dayak tahun ini.
Masalah kekurangan gula yang mula melanda penduduk semenjak dua hingga tiga bulan yang lepas sebelum ini tidak memberi impak terhadap pembuatan kuih-muih penduduk kaum Dayak namun memberi impak terhadap penghasilan air Tuak yang menjadi ikon utama penduduk dalam meraikan perayaan Gawai tahun ini.
Collinn Anis, 36, berpendapat kekurangan bekalan gula menyebabkan orang Dayak sukar menghasilkan minuman air Tuak untuk tujuan kegunaan sambutan perayaan Gawai Dayak pada 1 Jun lepas/
“Mungkin ramai orang Dayak terutama sekali kaum Iban yang tidak menyedari kepentingan air Tuak memandangkan terdapat pelbagai produk minuman keras yang mula dijual bagi mengantikan kedudukan air berkenaan pada sambutan tahun ini.
“Jika kita mengimbau kembali sejarah nenek moyang ketika mereka menyambut perayaan Gawai pada 100 tahun yang lepas, mereka akan mendapati bahawa air Tuak menjadi keutamaan penting kerana tiada bir atau tiada arak berjenama pada masa itu,” katanya.
Sementara Roy Martin Chenggiam, 27, pula melahirkan rasa kesal berhubung masalah gula yang sedikit sebanyak ‘mencacat’kan kemeriahan perayaan Gawai Dayak 2010 pada 1 Jun lepas.
Katanya isu gula tidak harus timbul menjelang musim perayaan memandangkan ia adalah merupakan bahan paling penting bagi penduduk Dayak untuk membuat kuih-muih atau penghasilan air Tuak.
“Saya tidak bermaksud untuk mengatakan semua penduduk Dayak harus minum air Tuak sampai mabuk. Namun yang saya katakan di sini ialah mengenai hal adat resam orang Dayak ketika menyambut Gawai.
“Air Tuak atau Air Pengayu akan diminum oleh semua ahli keluarga pada malam 31 Mei sebagai salah satu keutamaan adat ketika meraikan Gawai. Justeru kegagalan menghasilkan Tuak disebabkan oleh gula menyebabkan orang Dayak terpaksa mencari sumber Air Tuak yang lain,” katanya.
Justeru Jeoffery Liang, 26, berharap agar pihak tertentu jangan bertindak sengaja menyembunyikan stok bekalan gula masing-masing ketika menjelang musim perayaan selepas ini.
Tamat.

No comments:
Post a Comment