Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 June, 2010

KSK Simunjan sambut Piala Dunia anjur Futsal




Caption:

1.BERENTAP...Antara pasukan kategori Belia Terbuka yang beraksi dalam pertandingan tersebut kelmarin.

2.TAHNIAH...Abang Naim (tengah) sedang menyampaikan hadiah kepada wakil pasukan pada pertandingan itu.


Oleh ABANG NAIM BIN ABANG PAUZI


SIMUNJAN, Isnin (7 Jun) – Kelab Sukan Komuniti (KSK) Daerah Simunjan bertindak menyemarakkan lagi penganjuran Piala Dunia 2010 di Afrika pada 11 Jun ini dengan menganjurkan Pertandingan Futsal 2010 bertempat di Padang Sentral, Simunjan.

Pertandingan Futsal 2010 yang berlangsung dari 28 Mei hingga 6 Jun di Padang Sentral, Simunjan menyaksikan penyertaan sejumlah 16 pasukan lelaki dan lapan buah pasukan wanita yang berentap dalam tiga buah kategori diadakan.

Tiga buah kategori yang diadakan menerusi Pertandingan Futsal 2010 KSK Daerah Simunjan ini adalah Kategori Belia Terbuka, Kategori Remaja Bawah 16 Tahun dan Kategori Wanita Terbuka.

Kategori Belia Terbuka menyaksikan pasukan Polis Diraja Malaysia muncul sebagai johan sambil diikuti oleh pasukan GSC dan Cabik Kering yang menduduki tempat ke-2 dan ke-3 pada pertandingan berkenaan.

Manakala itu Kategori Remaja Bawah 16 Tahun pula menyaksikan FSW JRM muncul johan sambil diikuti oleh pasukan Luncai FC dan Abang Kecik yang menduduki tempat ke-2 dan ke-3 pada pertandingan ini.

Pasukan Vital Aurora membuktikan kehebatan mereka dalam Pertandingan Futsal 2010 KSK Daerah Simunjan apabila muncul johan bagi Kategori Wanita Terbuka manakala Sageng FC dan Ajak-Ajak Fighter pula masing-masing memperoleh naib johan dan kedudukan tempat ke-3 bagi kategori itu.

Kesemua hadiah kepada pasukan pemenang bagi kategori berkenaan telah disampaikan sendiri oleh pesara dari Majlis Daerah Simunjan merangkap Usahawan Penternak Keli Bio Simunjan iaitu Abang Naim bin Abang Pauzi.

Terdahulu Pengerusi KSK, Simunjan, Mohamad bin Bohari berkata pertandingan ini bertujuan untuk mengalakkan penyertaan para belia dalam aktiviti riadah dan sukan yang membawa faedah terhadap diri masing-masing.

“Di atas kemeriahan temasya Piala Dunia 2010 ini nanti pihak kami telah mengambil kesempatan untuk menyemarakkan lagi suasana tersebut dengan menganjurkan Pertandingan Futsal 2010 KSK Simunjan.

“Justeru diharap agar pertandingan futsal ini dapat mendidik para belia Simunjan untuk bergiat lebih aktif dalam aktiviti sukan seperti bolasepak, futsal, takraw dan pelbagai lagi di masa akan datang,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment