Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 June, 2010

Jangan pandang enteng masalah sosial


Caption: INGIN...Shamshuddin (tengah) ketika mencuba tarian bersama tetamu jemputan yang lain pada majlis berkenaan.

SRI AMAN, Selasa (22 Jun) – Rakyat tidak harus leka dengan ancaman gelaja sosial yang kian menular dikalangan golongan belia pada masa sekarang kata Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Ini kerana gejala sosial kata beliau kian menular dengan begitu pantas dikalangan anak muda sehingga boleh menggugat hasrat kerajaan untuk melahirkan golongan modal insan berkualiti bagi tujuan pembangunan negara di masa akan datang.

“Seringkali kita melihat di kaca televisyen atau akhbar mengenai masalah-masalah sosial yang melanda golongan belia kita seperti ketagihan dadah, menghidu gam, lumba haram, kes dera isteri, gengsterisme, rogol dan banyak lagi.

“Hal ini sudah tentunya membimbangkan Malaysia yang kini bergelar sebagai negara membangun. Justeru semua rakyat harus menguling tenaga untuk menganjur lebih banyak aktiviti kerohanian dan moral dikalangan belia selepas ini,” katanya.

Beliau berkata pembangunan negara harus seimbang dari segi penguasaan ekonomi, teknologi seperti Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT), pembangunan rohaniah dan moral menjelang tahun 2020 nanti.

Harden berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Residen Bahagian Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji ketika merasmikan Majlis Ngiling Tikai Gawai Dayak 2010 anjuran Lembaga Pelawat Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol di Dewan Suarah Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu katanya kerajaan bersikap prihatin dan penyayang selama ini dengan bertindak menubuhkan Rumah Kanak-Kanak, Cheshire Homo, Salvation Army, Boy’s Home, Blind Centre dan Home For The Aged untuk membantu golongan kurang bernasib baik di negara ini.

“Sikap penyayang harus disemai pada peringkat keluarga. Ibubapa misalannya harus menunjukkan contohnya terbaik terhadap anak-anak berhubung sikap agar ia dapat disemai terhadap ahli komuniti yang lain di masa akan datang,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment