Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 June, 2010

Dua keluarga dapat rumah PPRT, happy enjoy Gawai


Caption: TERIMA KASIH KERAJAAN...Keluarga Jalie dan Michael ketika menyambut perayaan Gawai Dayak di kediaman baru masing-masing.

SRI AMAN, Ahad (6 Jun) – Kegembiraan menyambut perayaan Gawai Dayak 2010 menjadi amat bermakna buat dua buah keluarga dari Kampung Sungai Reboh, Batu Lintang apabila buat pertama kalinya menyambut perayaan di rumah baru masing-masing pada 2 Jun lepas.

Keluarga Jalie anak Tutong dan Michael anak Brin telah menyambut perayaan Gawai Dayak di rumah baru milik masing-masing yang dibina oleh kerajaan menerusi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sebelum ini.

Kedua-dua keluarga petani ini telah melahirkan rasa bersyukur di atas sifat keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana mengambil berat di atas masalah kebajikan hidup mereka pada tahun ini.

“Saya dan isteri, Jentia Junting berasa amat gembira kerana dapat menyambut perayaan Gawai Dayak di rumah baru pada perayaan tahun ini. Kesemua kami sekeluarga menyambut Gawai di Rumah PPRT terbabit pada 2 Jun setelah ia siap dibina.

“Terima kasih kepada BN terutama sekali kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden anak Hollis, Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat dan pihak jabatan kerajaan kerana telah memberi kami rumah PPRT tahun ini,” kata Jalie.

Sementara itu Micheal Brin pula berpendapat bahawa PPRT adalah merupakan antara pemberian terbaik oleh kerajaan kepada rakyat yang amat memerlukan bantuan kebajikan terutama sekali kediaman baru selama ini.

“Walaupun PPRT nampak biasa namun kami sekeluarga dapat menikmati kemeriahan menyambut Gawai di sini (Sungai Reboh) berbanding di rumah lama kami yang usang pada suatu masa dahulu.

“Sumbangan kerajaan terhadap kebajikan hidup rakyat harus kita bayar kembali dengan terus menyokong teguh di belakang mereka pada masa akan datang,” katanya sambil menambah bahwa hanya kerajaan yang mampu kepada peningkatan hidup rakyat dari masa ke semasa.

Tamat.


No comments:

Post a Comment