SRI AMAN, Jumaat (11 Dis) - Seramai 80 peserta hadir pada Kursus dan Forum HIV dan AIDS anjuran Persatuan Jururawat Masyarakat Sarawak (PJMS) cawangan Sri Aman bertempat di Hoover Hotel, Sri Aman di sini kelmarin.
Pengerusi PJMS Cawangan Sri Aman, Wish Jurea ketika menyampaikan ucapannya berkata, kursus yang berlangsung selama dua hari ini ini adalah bertemakan 'Rakyat Sihat, Ekonomi Meningkat, Negara Maju'.
Ia melibatkan penyertaan para peserta dari 22 buah badan yang terdiri daripada jabatan kerajaan, badan bukan kerajaan (NGOs), Kawasan Rukun Tetangga (KRT), kakitangan hospital, kakitangan jabatan kesihatan dan ahli-ahli pelbagai persatuan di Sri Aman.
“Tujuannya adalah untuk memberi kesedaran kepada orang awam mengenai gejala dan risiko penyakit yang dilihat semakin merebak di kalangan penduduk negara kita pada masa sekarang.
“Justeru adalah menjadi harapan kita agar peserta kursus yang menyertai kursus ini mendapat pengetahuan dan seterusnya menyebarkan maklumat yang mereka perolehi ini kepada penduduk sekeliling mereka," katanya.
Terdahulu, kursus yang bermula seawal jam 8 pagi hingga jam 5 petang itu telah dirasmikan oleh Pengarah Hospital Sri Aman, Dr. Hajah Hayati Ja'afar.
Majlis Perasmian Penutupan dan Majlis Makan Malam PJMS cawangan Sri Aman ini akan disempurnakan oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis pada 11 Disember ini.
Tamat...
No comments:
Post a Comment