Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 June, 2011

TAKEP Kampung Tuie Debak anjur Kursus Pra Perkahwinan




Caption:

1. SERIUS...Para peserta ketika sedang mengikuti kursus pra perkahwinan yang berlangsung di SK Tuie, Debak baru-baru ini.

2. TAHNIAH...Seorang peserta menerima sijil kursus daripada pihak penganjur (kanan) sebaik sahaja selesai kursus berkenaan.

RADIN FITRIYANI

DEBAK, Ahad (12 Jun) - Kursus Pra Perkahwinan Islam anjuran Tabung Amal Kebajikan Ehsan Penyayang (TAKEP) Kampung Tuie, Debak, mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat baru-baru ini.

Pengerusi TAKEP, Haji Awang Dol Haji Awang Lobin memberitahu kursus pra perkahwinan anjuran TAKEP Kampung Tuie ini telah disertai seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada 21 orang peserta lelaki dan 39 orang peserta perempuan.

Kursus yang berlangsung selama dua hari di SK Tuie itu telah berjalan dengan sempurna dan penceramah kursus terdiri daripada para pegawai Jabatan Agama Islam Bahagian Betong.

Beliau turut memberitahu bahawa kursus tersebut membolehkan para remaja diberi pendedahan tentang ilmu berkaitan perkahwinan dan persediaan khusus sebelum menempuhi alam perkahwinan.

Selain itu, kursus ini katanya juga memberi kemudahan kepada remaja untuk mengikuti kursus pra perkahwinan dengan selesa tanpa perlu berurusan di Pejabat Agama Islam Betong.

“Ia secara tidak langsung akan mengurangkan beban mereka segi hal pengangkutan di samping meringankan kos urusan mereka selepas ini,” katanya.

Terdahulu Pegawai Agama Islam Bahagian, Ustaz Hazimin Shakir mengingatkan para peserta agar menggunakan ilmu dan prosedur perkahwinan yang telah dipelajari oleh mereka supaya tidak timbul kesulitan di saat ingin melangsungkan perkahwinan kelak.

Tamat.

No comments:

Post a Comment