Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 June, 2011

Repkajaya berpeluang ke pusingan kedua Pertandingan Bola Sepak Piala YB Abdul Wahab Aziz 2011



Caption: PUAS HATI...Majuni lega apabila pasukannya iaitu berjaya menewaskan pasukan Emplan perlawanan saingan Kumpulan B Pertandingan Bola Sepak Piala YB Abdul Aziz kelmarin.

- 12 Jun Adiey Safarman

Pasukan Repkajaya FC berjaya membawa pulang tiga mata penuh setelah menang tipis ke atas pasukan Emplam FC dengan jaringan gol 2- 1 menerusi perlawanan peringkat Kumpulan B Pertandingan Bola Sepak Piala YB Abdul Wahab Aziz 2011 yang berlangsung di Padang Majlis Daerah Saratok kelmarin.

Pasukan Repkajaya menerusi pemain sayapnya Mac Anja berjaya memastikan kemenangan ke atas pasukan Emplanm FC apabila dengan mudah melorong masuk bola ke dalam gawang gol lawan setelah kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1 pada penghujung saingan perlawanan.

Namun begitu penjaga gol Repkajaya FC iaitu Kenny Medan dijulang sebagai muncul wira setelah berjaya menafikan sepakan penalti oleh Kapten Pasukan Emplam FC iaitu Mohd Zaidol Md Zain pada minit ke-85 perlawanan.

Pasukan Emplam FC telah dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan setelah penyerang mereka dijatuhkan oleh penjaga gol pasukan Repkajaya itu sendiri.

Sekiranya pasukan Emplam FC berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada penghujung saingan berkenaan maka peluang bagi pasukan Repkajaya untuk merebut slot juara dan naib Kumpulan B mungkin akan terjejas selepas itu.

“Sememangnya saya akui bahawa tanggungjawab sebagai penjaga gol adalah amat berat sama juga seperti rakan pasukan yang lain kerana misi kami adalah untuk mengekalkan prestasi terbaik dalam saingan Piala YB Abdul Wahab Aziz musim ini,” kata Kenny ketika ditemui sebaik sahaja tamat perlawanan.

Sementara itu ketua jurulatih Repkajaya, Majuni Tom sudah menjangkakan saingan sengit dan hebat akan menanti pasukannya pada perlawanan kelmarin walaupun setelah berjaya membelasah pasukan AAZ FC dengan jaringan gol 5 - 1 sebelum ini.

Ini kerana menurut beliau rata-rata pemain dari pasukan Emplam FC telah turun bermain dengan semangat untuk memenangi perlawanan berkenaan disamping dibarisi para ramai pemain yang berpengalaman.

“Apa pun tumpuan kami selepas ini adalah perlawanan terakhir dalam kumpulan B iaitu menentang BPL City. Kami masih berpeluang memandangkan kesemua empat pasukan dalam umpulan itu masih lagi bersaing untuk mengisi dua slot ke suku akhir,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment