Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 June, 2011

PTPTL lawat Dewan Bahasa dan Pustaka



Caption: PENGHARGAAN... Pensyarah PTPL, Sharifah Nurizah menyampaikan cenderahati kepada Abang Haliman Abang Julai ketika berlangsungnya lawatan itu.


SRI AMAN, Selasa (21 Jun) - Seramai 40 pelajar Diploma Teknologi Makmal Perubatan Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) Sarawak telah mengadakan lawatan industri di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuching baru-baru ini.

Siaran akhbar kelmarin memberitahu lawatan anjuran Unit Akademik ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang sektor penerbitan kepada para pelajar PTPL berkenaan.

Ketua Unit Pentadbiran, Nuralizacaliph Osmina dan Pegawai Perancang Bahasa, Abang Haliman Bin Abang Julai telah memberi penerangan tentang Dewan Bahasa dan Pustaka kepada para pelajar.

“Lawatan ini salah satu daripada rangka program akademik PTPL Sarawak untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia penerbitan dan penghasilan karya kepada pelajar PTPL

“Semasa lawatan itu kami turut dapat melihat suasana pekerjaan sebenar di Dewan Bahasa dan Pustaka,” kata Sharifah menerusi siaran berita terbabit.

Justeru itu katanya, PTPL mengucapkan terima kasih kepada DBP kerana memberi kerjasama yang baik sepanjang lawatan ini.

Turut mengiringi pelajar-pelajar ini ialah Pensyarah (PTPL) iaitu Sharifah Nurizah Syed Abdullah dan Nurismi.

Tamat….

No comments:

Post a Comment