Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 June, 2011

PTPTL adakan majlis perlantikan watiqah




Caption:

1. UNTUK ALBUM... Mohd Nasrullah, YDP MPP bersama pelajar baru sesi Mac 2011

2. SEDIA BERHIDMAT…..Barisan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Kolej PTPL Sarawak Sesi 2011


SRI AMAN, Rabu (15 Jun) - Barisan exco baru Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej PTPL Cawangan Sarawak berazam untuk memberi khidmat terbaik kepada warga kampus sekali gus memanfaatkan kepercayaan yang telah diberikan.

Yang Dipertuanya, Muhammad Nasrullah bin Awang Basry berkata MPP berperanan dalam membantu warga kampus yang berhadapan dengan masalah walaupun segala kemudahan sudah disediakan untuk mereka.

Pemilihan berkenaan kata beliau adalah merupakan tanggungjawab yang wajar dibalas dengan khidmat terbaik terhadap warga kampus yang sudah meletakkan kepercayaan kepada pihak mereka sebelum ini.

“Justeru warga kampus yang bermasalah dinasihat berjumpa dengan MPP demi membantu menyelesaikan masalah mereka dengan badan majlis ini menjadi penghubung kepada pihak pengurusan menerusi saluran yang sah.

“Tanggungjawab dan kepercayaan ini kami galas dengan sempurna sekaligus memberi keselesaan kepada semua rakan warga kampus,” katanya menerusi siaran berita ketika berlangsung Majlis Watikah Perlantikan yang berlangsung di Dewan Bakun / Balleh, Kolej PTPL, baru-baru ini.

Terdahulu MPP kolej PTPL Sarawak dianggotai oleh lapan orang pelajar dari pelbagai bidang bidang pengajian yang dipilih berdasarkan kepada krietria tertentu antaranya keputusan akademik yang baik, aktif dalam aktiviti kokurikulum dan mempunyai hubungan yang baik dengan pelajar serta kakitangan kolej.

Pilihanraya kampus yang berlangsung secara e-undi itu menyaksikan lebih 1,000 pelajar kolej PTPL turun mengundi sekaligus memberi gambaran mengenai senario pilihanraya sebenar di samping mengasah kemahiran komunikasi serta insaniah pelajar.

Turut diadakan pada majlis sama ialah Majlis Akujanji 90 pelajar sesi baru yang mengikuti minggu orentasi selama seminggu.

Majlis pelantikan disempurnakan oleh Presiden Kumpulan Kolej PTPL dan Management & Science University (MSU), Profesor Dato’ Wira Dr. Mohd Shukri Abdul Yajid sambil disaksikan oleh Pengetua iaitu Aidil Adzhar Abu Samah dan Ketua Akademik Kolej PTPL Sarawak iaitu Bebe Yanti Mohammed.

Tamat.

No comments:

Post a Comment