Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 June, 2011

PERKIP terima bantuan kelengkapan asas surau dari TBS Sri Aman



Caption: IKHLAS...Shamsul (kanan) ketika menyerahkan bantuan kepada Shahgiman (kiri) sambil disaksikan oleh kakitangan TBS dan ahli PERKIP pada majlis itu.

Zul Zainami

SRI AMAN, Khamis (9 Jun) – Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Sri Aman telah menyampaikan bantuan berupa alat kelengkapan asas surau kepada Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Bahagian Sri Aman (PERKIP) Hospital Sri Aman baru-baru ini.

Pengurus cawangan TBS Sri Aman, Shamsul Bahri bin Manap berkata bantuan berupa alat kelengkapan asas berkenaan bertujuan untuk menaiktaraf surau yang terdapt di Hospital Sri Aman selepas ini.

“Bantuan kelengkapan asas surau ini penting demi melancarkan lagi aktiviti kerohanian dan ilmu Islam di surau hospital berkenaan yang seterusnya dapat memberi manfaat terhadap semua pihak termasuk ahli PERKIP.

“Lagipun bantuan yang disalur kepada pihak PERKIP ini juga dilihat sebagai tanda sokongan daripada pihak TBS demi kepentingan masjid dan surau dari melihat pusat ibadat itu ketandusan aktiviti serta sunyi dari pengimarahan,” menurut beliau.

Selain itu beliau juga menjelaskan bahawa TBS turut menyediakan bantuan berupa kewangan kepada masjid dan surau yang merangka kegiatan ilmiah termasuk bengkel, latihan, kursus serta aktiviti berkaitan.

Justeru beliau menyeru kepada kakitangan kerajaan dan swasta yang berkemampuan agar dapat menyertai Skim Zakat melalui potongan gaji (ZPG) sebagai salah satu usaha perlaksanaan kewajiban berzakat di kalangan umat Islam.

Terdahulu Pengerusi PERKIP, Shahgiman bin Ben dalam majlis itu mengucapkan setinggi penghargaan terhadap bantuan yang diberikan dan berjanji akan terus memperjuangkan aktiviti kerohanian serta ilmu Islam untuk para kakitangan Jabatan Kesihatan dan Hospital Bahagian Sri Aman dari masa ke semasa.

Tamat.

No comments:

Post a Comment