Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

18 June, 2011

Bahang Pesta Benak kian terasa




Mugshot:

1. GABRIEL...Sebati

2. UNO...Promosi penting

SRI AMAN, Jumaat (17 Jun) – Dalam tempoh dua minggu akan datang dijangka puluhan ribu orang pengunjung bakal membanjiri kawasan Bandar Sri Aman demi menyaksikan penganjuran Pesta Benak Sri Aman 2011 yang berlangsung di sini dari 1 hingga 4 Julai kelak.

Walaupun masih lama, namun bahang sambutan Pesta Benak kian terasa dikalangan penduduk tempatan yang nyata tidak sabar untuk menanti kedatangan acara utama Bandar Sri Aman itu semenjak tahun 2001 lepas.

“Pesta Benak sudah sebati dalam diri saya. Tidak sah bagi penduduk dalam kawasan Sri Aman sekiranya pesta berkenaan tidak diadakan pada setiap tahun,” kata Gabriel John, 22, dari Pantu.

Katanya Pesta Benak merupakan sebuah acara menarik yang seharusnya membuka mata semua pihak tentang kepentingan program terbabit demi mengangkat status pelancongan Sri Aman dari masa ke semasa.

Pesta Benak kata Gabriel adalah sebuah acara yang paling perlu diberi keutamaan berbanding semua acara sampingan yang pernah diadakan dalam Bandar Sri Aman pada tahun sebelumnya.

“Jika anda sebut Pesta Benak maka semua orang akan tahu acara ini hanya berlangsung di Sri Aman. Publisiti terhadap program sememangnya sudah cukup meluas maka berilah Pesta Benak sebagai acara tahunan utama bagi bandar ini di masa akan datang,” katanya.

Justeru Uno Ninting berharap agar sambutan Pesta Benak kali ini akan dapat mengangkat status eko pelancongan dalam kawasan Sri Aman dikalangan pelancong luar pada masa akan datang.

“Sri Aman mempunyai banyak produk pelancongan yang berharga dan Pesta Benak ini dilihat sebagai salah sebuah pentas bagi mempromosi produk itu dikalangan pengunjung luar dari 1 hingga 4 Julai ini nanti,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment