Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 April, 2011

Usahawan Simunjan happy dapat pinjaman TEKUN



Caption: GEMBIRA...Naim (tengah) bersama penerima pinjaman TEKUN sebaik sahaja tamat majlis berkenaan di sini baru-baru ini.



SIMUNJAN, Isnin (11 April) - Seramai 17 orang usahawan pelbagai bidang menerima pembiayaan pinjaman daripada TEKUN Nasional Kawasan Parlimen Batang Sadong yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM109,000.

Majlis Penyerahan cek terbabit telah disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Datuk Seri Haji Noh Haji Omar bersempena dengan Program MOA Bersama Rakyat di Padang Sentral Simunjan pada hari Sabtu lepas.

Seorang penerima, Abang Naim bin Abang Pauzi ketika ditemui melahirkan rasa gembira berhubung pemberian pinjaman tersebut memandangkan ini dapat membantu memperkembangkan lagi perusahaan ternakan ikan kelinya selepas ini.

“Saya akan gunakan pinjaman ini untuk memperkembangkan projek perusahaan ikan keli saya bagi menampung permintaan semasa penduduk yang kini dilihat terus meningkat di pasaran pada masa sekarang,” katanya.

Seorang lagi penerima pinjaman tersebut iaitu Alak anak Gaon dari Kampung Gayau Padok memberitahu bahawa beliau akan memperbesarkan lagi perniagaan kedai runcitnya di kampung.

Beliau yang mendapat pinjaman untuk kali kedua ini telah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak TEKUN dan kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana begitu prihatin terhadap impian para peniaga dan usahawan tempatan.

Manakala itu Haji Rosni bin Yunan, dari Kampung Semabang pula berhasrat untuk membina rumah burung walit kerana ia merupakan projek pelaburan jangka panjang yang menguntungkan.

Terdahulu Ahli Parlimen Batang Sadong, Hajah Nancy Haji Syukri, calon BN N.21 Simunjan, Haji Mohd Naroden Haji Majais, Pengurus Tekun Kawasan Parlimen Batang Sadong, Jemahari Jaya, dan pegawai pegawai kanan FAMA.

Tamat.

No comments:

Post a Comment