Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 April, 2011

Saya dan Rayong ngam bekerja - Nyalau


Caption: TERIMALAH...Nyalau (kanan) menyampaikan cek kepada penerima menerusi majlis berkenaan.


ENGKILILI, Sabtu (9 April) – Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak mahu rakyat Engkilili untuk menyokong calon Barisan Nasional (BN) di kawasan mereka iaitu Dr Johnnical Rayong anak Ngipa pada Pilihan Raya Umum DUN Sarawak Ke-10 nanti.

Katanya kemenangan Rayong pada pilihan raya kali ini amat penting kerana penyandang kerusi DUN Engkilili terbabit merupakan gandingan mantap beliau ketika melaksanakan tugas membangunkan hidup rakyat.

“Bekerja dengan beliau (Rayong) adalah amat menyenangkan ketika melakukan pelbagai tugas untuk membangunan hidup rakyat di kawasan Parlimen Lubok Antu yang mencakupi DUN Engkilili.

“Justeru saya meminta rakyat kawasan DUN Engkilili untuk memastikan Rayong menang pada pilihan raya kali kali ini agar kami dua dapat berganding bahu demi menaiktaraf hidup rakyat selepas itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Jiwa Murni Bersama Pemimpin anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) P.203 Lubok Antu di Rumah Melisa, Pangakalan Kubal Engkilili kelmarin.

Selain itu Nyalau juga mahu rakyat di kawasan DUN Engkilili untuk menolak segala spekulasi yang diwar-warkan oleh pihak pembangkang menjelang pilihan raya negeri pada 16 April ini.

“Jika rakyat Engkili mahukan pembangunan untuk penggal lima tahun yang seterusnya maka Dr Rayong adalah merupakan calon BN pilihan mereka yang paling baik pada masa sekarang.

“Pentingnya di sini ialah rakyat Engkilili tidak memandang ke belakang sebaliknya berpandangan jauh ke hadapan dengan memastikan BN di kawasan mereka pada pilihan raya negeri kelak,” katanya.

Nyalau pada majlis itu menyampaikan cek peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada penerima sambil disaksikan oleh Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Lubok Antu, Kumpang anak Datuk Tutong dan pembantu khas beliau, Zainie Aji.

Tamat.

No comments:

Post a Comment