Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 April, 2011

Pengamal politik Sarawak bersikap gentlemen ketika proses pilihan raya


Caption : TAHNIAH...Rohani menyampaikan hadiah kepada seorang pemenang sambil disaksikan oleh Harden (dua kiri) dan Rahman (kiri sekali) pada program itu.


SRI AMAN, Sabtu (9 April) – Pengamal politik di Sarawak dianggap lebih bertamadun kerana tidak mengamalkan budaya politik samseng berbanding seperti mana yang lazimnya berlaku di Semenanjung Malaysia selama ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hajah Rohani Abdul Karim ia terbukti apabila pengamal politik di sini saling hormat-menghormati antara satu sama yang lain ketika berlangsung pilihan raya negeri atau parlimen selama ini.

“Perkara ini pernah diluahkan oleh pihak Parti Islam SeMalaysia (PAS) kepada sata yang menyatakan bahawa proses pilihan raya di negeri kita berlangsung dengan penuh aman dan selesa.

“Sebab itu saya katakan kepada mereka bahawa PAS perlu mewujudkan budaya seumpama ini di negeri tadbir mereka sendiri jika mahu melihat situasi pilihan raya yang tenang seperti di Sarawak,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Jalinan Mesra 1 Malaysia bertempat di Dewan Suarah Sri Aman malam tadi.

Selain itu Rohani juga meminta semua rakyat di Sri Aman untuk menyokong calon BN di kawasan masing-masing ketika berlangsung Pilihan Raya Umum DUN Sarawak Ke-10 pada 16 April ini.

“Saya meminta rakyat untuk membuktikan bahawa parti BN boleh terus meneraju Kerajaan Negeri dengan memastikan kemenangan mereka pada 16 April ini,” menurut beliau.

Hadir sama ialah calon BN N.27 Simanggang, Datuk Francis Harden anak Hollis, calon BN untuk N.23 Lingga, Hajah Simoi Haji Peri, Residen Bahagian Sri Aman, Abduk Rahman Sebli bin Sanusi dan para ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment