Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 April, 2011



Mug shot: MAS MASHORE HAJI MASLEM


SRI AMAN, Selasa (5 April) – Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dapat membantu kerajaan untuk menyebarkan mesej kepada rakyat setempat menerusi pelbagai program yang diadakan dari masa ke semasa.

Pengerusi KRT Tanjung Engkabang, Mas Mashore Haji Maslem berkata mesej daripada kerajaan akan lebih mudah sampai kepada rakyat menerusi KRT memandangkan pertubuhan itu mampu berfungsi sebagai jambatan antara kedua-dua pihak.

“KRT harus memainkan peranan masing-masing dengan lebih bertanggungjawab agar mesej yang disampaikan oleh kerajaan kepada rakyat akan dapat sampai dengan lebih berkesan selepas ini.

“Dengan berbuat saya yakin KRT secara tidak langsung akan dapat membantu kerajaan melicinkan perlaksanaan pelbagai projek pembangunan di kawasan masing-masing,” katanya ketika berucap pada Malis Malam Mesra Bersama KRT Tanjung Engkabang baru-baru ini.

Selain itu Mashore juga berharap agar semua Jiranita dan Jiranmuda di kawasan Sri Aman saling bekerjasama untuk merealisasikan matlamat KRT iaitu menjalankan aktiviti yang dirancang berteraskan visi serta misi jabatan perpaduan.

Terdahulu Malis Malam Mesra Bersama KRT Tanjung Engkabang ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hajah Rohani Abdul Karim.

Hadir sama ialah Pegawai Perpaduan dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman, Mohd Yusli Nasir, Pegawai Sosial Pejabat Residen, Zaidi Sarkawi, Ketua Kampung Tanjung Engkabang, Haji Abang Mazaman.

Malis Malam Mesra Bersama KRT Tanjung Engkabang ini dimeriahkan dengan kehadiran seramai 200 orang penduduk yang ingin menyaksikan pelbagai acara menarik sempena majlis itu antaranya ialah persembahan koir, persembahan kebudayaan dan sebagainya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment