Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 April, 2011

Majlis Keselamatan Negara sumbang kerusi roda kepada Saadiah


Caption: IKHLAS...Khariri (kanan) sedang menyampaikan hamper kepada Saadiah ketika berlangsungnya majlis itu.


SRI AMAN, Ahad (10 April) – Nasib malang yang menimpa seorang Warga Emas perempuan dari Kampung Pangkat Stumbin, Sri Aman akhirnya mendapat perhatian kerajaan baru-baru ini.

Warga Emas terbabit, Saadiah binti Muhiden yang menderita sakit lumpuh selama ini telah mendapat bantuan berupa kerusi roda dan hamper makanan daripada MKN menerusi upacara ringkas yang berlangsung di kediamannya.

Pada majlis itu Pengarah Pasukan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) Negeri Perak, Khariri bin Abu Hassan telah diamanatkan oleh MKN untuk menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Saadiah iaitu pada upacara ringkas terbabit.

Khairi pada upacara ringkas penyerahan kerusi roda itu berharap agar Saadiah dapat memanfaatkan sebaik mungkin sumbangan yang diterima oleh beliau daripada MKN selepas ini.

“Kerajaan BN menerusi MKN sentiasa prihatin terhadap nasib rakyat yang ditimpa masalah kebajikan hidup dengan memberi bantuan sewajarnya terhadap mereka dari masa ke semasa,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pegawai RELA Daerah Pasir Panas Kelantan, Abas bin Saud, Pegawai RELA Daerah Sri Aman, Bajuri Haji Adon, Ketua Platun RELA Kampung Pangkat Stumbin, Haji Junaidi Mohammad dan Penghulu Kampung Pangkat Stumbin, Muhammad Suhaili.

Tamat.

No comments:

Post a Comment