Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 April, 2011

Luang masa 5 minit untuk pangkah saya - Rayong


Caption: MANFAATKAN...Nyalau (kiri) menyampaikan cek MRP kepada penerima (kanan) sambil disaksikan oleh Rayong (dua kanan) ketika berlangsungnya program itu.


ENGKILILI, Selasa (5 April) – Rakyat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili dirayu agar meluangkan masa hanya selama lima minit untuk mengundi pihak Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri nanti.

Penyandangnya, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa berkata dengan berbuat demikian maka beliau akan dapat menunaikan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat BN selama lima tahun di kawasan ini jika terpilih semula pada pilihan raya negeri ini.

“Rakyat DUN Engkilili yang layak mengundi hanya perlu meluangkan sedikit masa untuk memangkah BN dan hasilnya ialah saya akan berkhidmat sebaik mungkin untuk mereka bagi tempoh lima tahun seterusnya selepas ini.

“Pilihan raya negeri DUN Sarawak Ke-10 akan berlangsung pada 16 April ini. Justeru saya berharap agar rakyat DUN Engkilili memikirkan sebaik mungkin hala tuju pembangunan mereka selepas pilihan raya nanti,” katanya.

Rayong berkata demikian ketika berucap pada Program Jiwa Murni Bersama Pemimpin anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) P.203 Lubok Antu di Rumah Empading, Nanga Bunu, Engkilili kelmarin.

Selain itu beliau juga berharap agar rakyat DUN Engkilili tidak menyokong pembangkang pada pilihan raya negeri nanti memandangkan mereka masih memerlukan BN untuk memajukan hidup masing-masing.

“BN mempunyai kemampuan besar untuk menaiktaraf hidup rakyat. Dengan kata lain hanya kerajaan yang diteraju oleh BN sahaja yang mampu melaksana pelbagai projek pembangunan dengan lebih efektif terhadap rakyat pada masa akan datang,” katanya.

Program Jiwa Murni Bersama Pemimpin anjuran KEMAS P.203 Lubok Antu di Rumah Empading, Nanga Bunu, Engkilili ini dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak.

Terdahulu, Nyalau pada majlis berkenaan telah menyampaikan cek peruntukan Projek Kecil Luar Bandar yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM35,000 kepada tiga buah JKKK di kawasan Engkilili.

Tamat.

No comments:

Post a Comment