Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

20 April, 2011

Ketua kaum di Engkilili minta Rayong jadi menteri muda





Caption: SOKONG...Para ketua kaum mengangkat tangan sebagai tanda sokongan mereka terhadap perlantikan Rayong sebagai menteri muda dalam Kabinet Kerajaan Negeri.


ENGKILILI, Rabu (20 April) – Para ketua kaum dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili memohon kepada barisan pucuk pimpinan tertinggi kerajaan untuk memberi jawatan Menteri Muda kepada wakil rakyat mereka iaitu Dr Johnnical Rayong Ngipa.

Pengerusi Tuai-Tuai Rumah Daerah Kecil Engkilili, Kanselor Tuai Rumah Roy Edward berkata kawasan Engkilili tidak pernah mempunyai wakil rakyat dari Parti Bersatu Rakyat Sarawak(SUPP) yang menjawat Menteri Muda sehingga sekarang.

“Dahulu bekas wakil rakyat di sini (Engkilili) iaitu Datuk Simon Dimbab Maja pernah memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri namun beliau dari Parti Pesaka Bumiputera (PBB).

“Namun semenjak Dimbab, wakil rakyat SUPP di sini tidak pernah menjadi memegang jawatan Menteri Muda dalam Kabinet Kerajaan Negeri. Justeru kami memohon agar kerajaan melantik Rayong untuk menjadi Menteri Muda demi mewakili suara rakyat Engkilili di masa akan datang,” katanya.

Selain itu Kanselor Nyambong anak Maweng pula berkata perlantikan Rayong sebagai menteri muda dalam Kabinet Kerajaan Negeri akan membolehkan lebih banyak peruntukan disalur ke kawasan DUN Engkilili selepas ini.

Perlantikan beliau sebagai menteri muda kata Nyambong akan memberi banyak kelebihan kepada wakil rakyat itu dalam menyalur lebih banyak peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) terhadap rakyat luar bandar di sini.

Bagaimanapun perlantikan Rayong sebagai menteri muda dalam Kabinet Kerajaan Negeri kata Tuai Rumah Irak Temiang pula bergantung kepada keputusan Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

“Pehin Sri Taib sahaja yang berkuasa dalam menentukan perkara ini. Namun begitu kami berharap benar agar beliau dapat melantik Rayong untuk memegang jawatan menteri muda pada rombakan Kabinet Kerajaan Negeri kelak,” katanya.

Terdahulu Rayong telah berjaya mempertahankan kerusi DUN Engkilili setelah berjaya meraih sejumlah 3,807 majoriti undi pada Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10 pada 16 April lepas.

Rayong berjaya memperoleh 4,928 undi berbanding berbanding Marudi @ Barudi anak Mawong dari Parti Keadilan Rakyat (1,211), Semijie Janting dari Parti Kebangsaan Sarawak (393) dan calon Bebas iaitu Jimmy Simon Maja (414).

Tamat.

No comments:

Post a Comment