Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 April, 2011

Cara politik PKR macam Langau - Jabu

Caption: BUKTI PEMBANGUNAN...Jabu menunjukkan gambar pelan pembangunan di Sungai Layar Betong ketika berlangsungnya majlis itu.

Saleman Senin,

Penjual Karipap Pasar Betong

BETONG, Rabu – Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) umpama ‘langau’ yang akan meninggalkan tahinya apabila hinggap ditempat-tempat yang mereka minat dan fikirkan strategik selama ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang berkata kedatangan PKR juga bagaikan pelancong politik yang datang bermusim untuk memecah belahkan kestabilan politik di negeri ini.

“PKR cemburu terhadap prestasi cemerlang Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mendapat sokongan padu daripada rakyat kerana memacu pembangunan pesat di Sarawak selama ini.

“Lagipun ia juga disebabkan kehancuran politik mereka yang semakin tidak mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia sehingga mereka datang ke sini demi menagih simpati daripada rakyat,” katanya.

Jabu yang juga calon BN untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) N.31 Layar berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Abdul Kadir Betong kelmarin.

Selain itu kelulusan perlaksanaan pelbagai projek pembangunan di Betong pada tahun ini telah membuktikan bahawa BN tidak pernah cakap kosong dalam menaiktaraf hidup rakyat dari masa ke semasa.

“Buktinya ialah projek pembinaan Tebingan Sungai bernilai RM30 juta, rancangan pembesaran kampung Melayu Betong, pembinaan sistem peparitan di Kampung Masjid, Kampung Baru Hulu, Kampung Baru Hilir, Kampung Tengah dan Kampung Hilir Betong dan banyak lagi.

“Apakah pihak PKR tidak melihat dengan jelas pembangunan pesat yang sedang melanda Betong pada masa sekarang? Atau mereka hanya melihat dengan sebelah mata sahaja seperti pada lambang mereka yang diumpamakan seperti ‘mata sebelah’,” katanya.

Justeru Jabu berharap agar rakyat kawasan DUN Layar untuk terus memberi kepercayaan kepada pihak BN bagi meneraju semula Kerajaan Negeri selepas selesai pilihan raya umum DUN Sarawak Ke-10 kelak.

Hadir sama ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Dato Seri Douglas Uggah Embas, Datin Seri Empiang Jabu, Penghulu Kampung Melayu Betong, Haji Abang Zawawie bin Abang Rajit dan Yang Dipertua PIBG, Abang Abdul Rahman bin Abang Morni.

Tamat.

No comments:

Post a Comment