Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 February, 2011

Ubah sikap politik, Harden


Caption: PENGHARGAAN...Tr Japing menyampaikan cenderamata kepada Harden sambil disaksikan oleh Majuan (kiri sekali) dan Masir (dua kiri) pada majlis itu.


SRI AMAN, Sabtu (12 Feb) – Individu atau kumpulan anti kerajaan dinasihat untuk mengubah sikap politik masing-masing dengan menyokong semula pihak Barisan Nasional (BN) selepas ini.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis berkata pihak terbabit harus sedar bahawa bertindak menentang kerajaan hanya akan mensia-siakan masa yang ada bagi tujuan pembangunan hidup rakyat.

“Sebenarnya kumpulan ini boleh merancakkan lagi proses pembangunan hidup rakyat dengan menjalinkan hubungan kerjasama yang lebih erat dengan kerajaan BN dari masa ke semasa.

“Bertindak menentang kerajaan hanya akan menangguh tempoh rancangan pembangunan dan ini semestinya memberi kesan kerugian jangka panjang terhadap rakyat yang berada di bawah penguasaan mereka,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Randau di Rumah Japing anak Gema, Nyakai, Sri Aman kelmarin.

Selain itu beliau juga menasihatkan pemilik tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) untuk berhenti mendengar isu yang berkaitangan dengan tanah pusaka mereka menjelang pilihan raya negeri kelak.

“Isu tanah NCR sudah lapok. Rakyat harus melupakan perkara ini jika ia diapi-apikan semula oleh pihak pembangkang memandangkan masalah itu telah diselesaikan oleh kerajaan sebelum ini.

“Justeru saya berharap agar rakyat meneruskan kesetiaan masing-masing terhadap kepimpinan kerajaan BN demi kesinambungan pembangunan hidup mereka pada masa akan datang,” katanya.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sri Aman, Majuan Jeraie, para pegawai kerajaan dan ketua kaum dari kawasan Sri Aman.

Beliau pada majlis itu mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 kepada JKKK Rumah Japing manakala Masir pula mengumumkan peruntukan bernilai RM2,000 kepada biro wanita rumah panjang terbabit.

Tamat.

No comments:

Post a Comment