Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 February, 2011

Tabung Baitulmal Sarawak adakan taklimat wakaf


Caption: UNTUK ALBUM...Faizal (tengah) bersama Shamshul (lima kiri), Magrib (belakang tengah) dan Penghulu Salleh (empat kanan) bergambar kenangan sebelum bermula taklimat itu.


SRI AMAN, Jumaat (11 Feb) –Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) telah mengadakan taklimat khas berhubung prosedur pendaftaran tanah wakaf bertempat di Surau Kebahagiaan Kampung Hilir Sri Aman baru-baru ini.

Jurucakap penganjur memberitahu taklimat yang disampaikan oleh Pengurus Kanan Sektor Pembangunan dan Wakaf TBS, Haji Abang Faizal bin Haji Marzuki itu bertujuan untuk mempertingkatkan kefahaman golongan muslim terhadap wakaf.

“Golongan penduduk muslim menerusi taklimat ini akan didedahkan mengenai posisi wakaf secara jelas tentang pengertian, halatuju, kepentingan serta tatacara komprehensif dalam urusan dokumentasi wakaf.

“Masyarakat Islam perlu menyedari bahawa wakaf tidak semestinya diperuntukan untuk tapak masjid dan surau namun berhasil juga jika harta wakaf itu dimanfaatkan untuk sektor pembangunan sosio-ekonomi umat Islam,” katanya.

Beliau juga memberitahu bahawa kesemua aspek wakaf ini akan memberi kesan jangka masa panjang terhadap sektor pembangunan sosio-ekonomi umat Islam pada masa akan datang.

Justeru katanya tindakan bersepadu telah digerakkan oleh pihak TBS bagi memperoleh maklumat tentang langkah penggunaan harta wakaf untuk digunakan secara mampan selepas ini.

“Penduduk muslim dalam kawasan Sri Aman khasnya boleh membaca pelbagai maklumat mengenai produk TBS menerusi laman web www.tbs.org.my dari masa ke semasa,” katanya.

Hadir sama ialah Pengurus Cawangan TBS Sri Aman, Shamsul Bahri bin Manap, Penghulu Kampung Hilir Sri Aman, Haji Abang Salleh bin Haji Kawi dan Pengerusi Surau Kebahagiaan, Awang Magerib bin Awang Ani.

Tamat.

No comments:

Post a Comment