Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 February, 2011

Pertanding mewarna meriahkan program 1Belia Simunjan


Caption: TAHNIAH...Kasmawati sedang menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang bagi pertandingan berkenaan.


SIMUNJAN, Isnin (7 Feb) – Jabatan Belia dan Sukan Bahagian Samarahan dengan kerjasama Jabatan KEMAS Daerah Simunjan telah mengadakan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak Tadika KEMAS di Dewan Mesra MDS, Simunjan baru-baru ini.

Pertandingan yang diadakan bersempena dengan program 1 Belia 1 Malaysia kawasan DUN Simunjan itu menyaksikan seramai 33 orang kanak-kanak dari empat buah sekolah Tadika KEMAS mengambil bahagian dalam pertandingan berkenaan.

Jurucakap penganjur, Ahmad Terzudeen ketika ditemui memberitahu aktiviti tersebut bertujuan untuk mencungkil bakat mewarna di kalangan kanak-kanak tadika disamping memeriahkan suasana program yang berlangsung dari 5 hingga 6 Februari itu.

“Acara tersebut dibahagikan kepada dua kategori iaitu kanak-kanak berumur 5 tahun dan kanak-kanak berumur 6 tahun. Kita mahu melihat bakat anak-anak dicungkil menerusi pertandingan ini,” katanya.

Terdahulu Khairulnisa Najwa binti Mohd Tajuddin muncul juara kategori 6 Tahun bagi pertandingan itu manakala Mohd Irfan Hastur Jumaing dan Mohd Hafizul Ridzwan Huzaifah pula menduduki tempat kedua serta ketiga dalam kategori yang sama.

Sementara itu pertandingan bagi kategori 5 tahun menyaksikan Nurafhilah Jasli muncul juara sambil diikuti oleh Syed Nur Sulaiman dan Nurziatul Erika Saferi yang menduduki tempat kedua serta ketiga bagi kategori berkenaan.

Upacara penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Bahagian Samarahan iaitu Nor Kasmawati Haji Wan Mohd Nawi.

Program 1 Belia 1 Malaysia tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber iaitu Haji Mohd Naroden bin Majais merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Simunjan.

Antara aktiviti lain yang turut dianjurkan pada program ini ialah Senamrobik, Sukaneka, Pertandingan Memasak termasuk pameran dan lain-lain.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Hajah Nancy Haji Syukri turut memeriahkan program berkenaan dengan menghadiri persembahan pentas oleh artis popular dari Semenanjung seperti Ramli Sarip, Man Kidal, Man Bai dan beberapa artis-artis tempatan termasuk Claudia AF8 pada sebelah malam.

Tamat.

No comments:

Post a Comment