Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 February, 2011

Penduduk Simunjan tak puashati ditipu iklan persembahan artis



Caption: INDAH KHABAR DARI RUPA...Hashim menunjukkan iklan promosi persembahan pentas yang mengecewakan penduduk bersempena sambutan karnival bagi kawasan Simunjan baru-baru ini.


SIMUNJAN, Isnin (14 Feb) - Memang tidak dapat kita nafikan bahawa iklan merupakan salah satu medium penting dalam menyebarkan maklumat kepada orang ramai.

Pengiklanan yang direka dengan begitu menarik dari segala aspek memang dapat mempengaruhi orang ramai untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci tentang perkara yang diiklankan.

Disebabkan betapa menariknya iklan itu maka orang ramai sanggup datang dari jauh dan rela berbelanja besar semata-mata untuk melihat sendiri atau mengetahui lanjut mengenai butir-butir yang diiklankan.

Namun jika perkara yang diiklankan hanya indah daripada rupa maka rasa kecewa dan hampa akan membara dihati pengunjung sehingga berakhir dengan kemarahan.

Itulah yang diluahkan oleh ramai penduduk di daerah Simunjan ketika membanjiri Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak 2011 baru-baru ini berhubung dengan persembahan pentas pada program tersebut.

Ini kerana iklan persembahan pentas yang dipamerkan terhadap pengunjung bersempena dengan karnival itu kononnya akan dihiburkan oleh barisan artis yang popular seperti Dayang Nurfaezah, Hattan, Bob AF dan lain-lain.

“Namun yang tampil hanyalah dua hingga tiga orang yang sekadar melepaskan batuk di tangga. Tambah menyedihkan lagi ialah persembahan pentas terbabit nyata tamat lebih awal daripada masa yang dijangkakan,” kata Norkharunisa binti Hashim, 18, tahun.

Jika kekurangan artis katanya pihak penganjur boleh menyelitkan acara persembahan kebudayaan atau lain-lain demi memenuhi masa kerana terdapat pengunjung yang datang jauh dari Sebuyau bagi menyaksikan persembahan pada malam itu.

“Saya berpendapat hampir 5,000 orang pengunjung yang membanjiri tempat letak kereta Dewan Mesra MDS pada malam itu merungut disebabkan masalah ini,” katanya sambil menambah bahawa pihak penganjur harus memohon maaf berhubung masalah itu pada malam berkenaan.

Sementara itu seorang peniaga iaitu, Hashim bin Eteng, 53, memberitahu bahawa beliau juga merasa amat kecewa apatah lagi iklan tersebut juga turut dipamerkan selama seminggu di hadapan pagar kedai runcitnya.

“Seolah-olah saya juga turut berasa amat bersalah kerana memperdayakan orang ramai tentang aktiviti tersebut hingga ramai penduduk meluahkan rasa kecewa kepada saya berhubung perkara ini,” katanya.

Tamat.

1 comment:

  1. pihak bertanggungjawab takkan buat diam je????jelaskan kepada rakyat apa yang berlaku....jangan ambil mudah je...

    ReplyDelete