Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 February, 2011

Notis Perubahan --> Pertandingan Poco-Poco sempena Karnival 1 Belia DUN Engkilili

SRI AMAN, Ahad (13 Feb) – Beberapa perubahan telah dilakukan terhadap Pertandingan Poco-Poco sempena Karnival Mesra Belia Sarawak 2011 Peringkat DUN N.28 Engkilili yang sebelum ini diumumkan berlangsung pada 6 Mac di Balai Ringin Skim Skrang, Engkilili.

Jawatankuasa penganjur ketika mengumumkan perkara ini memberitahu perubahan pertama mengenai pertandingan berkenaan ialah tarikh penganjuran barunya iaitu 13 Mac ini berbanding 6 Mac sebelum itu.

“Perubahan tarikh dilakukan setelah Program Karnival Mesra Belia Sarawak 2011 Peringkat DUN N.28 Engkilili ditunda ke 12 hingga 13 Mac berbanding 5 hingga 6 Mac sebelumnya.

“Ia bertujuan untuk memberi laluan kepada para pemimpin yang bakal menghadiri konvensyen Barisan Nasional (BN) Sarawak pada 5 Mac ini nanti,” kata jurucakap penganjur.

Perubahan keduanya pula umum beliau ialah pertambahan jumlah wajib peserta bagi sebuah pasukan iaitu 10 orang anggota berbanding enam orang seperti yang diumumkan dalam berita minggu lepas.

Manakala itu perubahan terakhir katanya pula ialah perubahan pada nilai wang tunai yang ditawarkan kepada pasukan yang muncul sebagai juara, naib juara dan pemenang tempat ketiga pada pertandingan itu.

“Ia adalah hadiah wang tunai sebanyak RM200 beserta hamper untuk pasukan juara. Manakala tempat kedua dan ketiga pula akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM150 dan RM100 juga beserta hamper,” katanya.

Terdahulu Wanita dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili dipelawa untuk menyertai Pertandingan Poco-Poco yang akan berlangsung di Balai Raya Skim Skrang, Engkilili pada 13 Mac ini.

Pertandingan Poco-Poco yang diadakan bersempena dengan sambutan Karnival Mesra Belia Sarawak 2011 Peringkat DUN N.28 Engkilili itu terhad kepada penyertaan 10 buah pasukan sahaja.

Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Poco-Poco sempena Karnival Mesra Belia Sarawak 2011 Peringkat DUN N.28 Engkilili memberitahu setiap pasukan diwajibkan mendaftar peserta wanita berumur 18 tahun ke atas.

Setiap pasukan wajib membawa cd / vcd/ dvd masing-masing untuk diserahkan kepada urusetia kira-kira dua hari sebelum pertandingan bermula.

Pasukan yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan daripada Awang Said Awang Dollah dari Majlis Daerah Lubok Antu, Engkilili (013-8004567), Rose Unggom, Pejabat KEMAS Engkilili (019-8360205) dan Shirley Guru, Klinik Kesihatan Skim Skrang, Engkilili (019-8397438).

Tamat.

No comments:

Post a Comment