Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 February, 2011

Ketua kaum jambatan pembangunan - Morshidi

CHRISTINA ULAU

BETONG, Khamis (10 Feb) – Ketua Masyarakat atau Ketua Kaum berperanan besar sebagai m ‘jambatan penghubung’ antara masyarakat dan kerajaan kerana mereka adalah pihak yang melincinkan pelaksaan program pembangunan kerajaan.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani berkata, Ketua Masyarakat itu bukan sahaja bertanggungjawab menguruskan pentadbiran kampung itu malah menjadi asset yang penting kepada kerajaan.

“Ketua Masyarakat haruslah berpengetahuan dan berpandangan jauh bahkan juga mengamalkan nilai-nilai positif iaitu amanah, jujur dan ikhlas sebagai teras kepimpinan yang berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian Seminar Pembangunan dan Kepimpinan Ketua Masyarakat Negeri Sarawak 2011 Bahagian Betong di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningka, semalam.

Morshidi juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Seminar berkata, ketua masyarakat turut bertindak sebagai agen penggerak dan pemangkin di peringkat akar umbi kerana mereka paling dekat denga rakyat.

“Disebabkan faktor itu, maka wajarlah bagi kerajaan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka seiring dengan keperluan serta perubahan semasa,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya penganjuaran seminar yang bertemakan ‘Kepimpinan Akar Umbi Teras Pembangunan’ itu amat bersesuai dengan peranan ketua masyarakat kepada usaha-usaha perpaduan dan pembangunan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

“Kita sedang menempuh cabaran arus gelombang kedua pembangunan yang memerlukan kita mengubah cara kita berfikir dan bertindak agar tidak dipinggirkan daripada arus pembangunan,” jelasnya.

Justeru itu, Morsidi berharap Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum akan lebih komited dan memberi sokongan sepenuhnya dalam menjayakan program yang telah, sedang atau akan dilaksanakan oleh kerajaan di kawasan masing-masing.

Seminar anjuran Jabatan Ketua Menteri dengan kerjasama Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM) siri kelapan itu dihadiri seramai 480 orang peserta yang terdiri daripada Bahagian Betong dan Saratok.

Terdahulu, seminar serupa telah diadakan di Bahagian Kuching dan Samarahan, Mukah, Miri, Sibu, Sri Aman, Sarikei dan Limbang dan Bintulu akan menjadi lokasi terakhir seminar itu diadakan iaitu pada 3-4 Mac ini.

Hadir dalam majlis itu, Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu Numpang, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Douglas Unggah Embas, Penasihat Khas di Pejabat Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Haji Satem.

TAMAT

No comments:

Post a Comment