Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

28 February, 2011

Jangan mudah keliru dengan kenyataan pembangkang kata Rayong


Caption: MANFAATKAN...Rayong (tengah) menyampaikan cek kepada wakil penerima sambil disaksikan oleh Nyalau (kiri) ketika berlangsungnya majlis itu.


ENGKILILI, Ahad (27 Feb) – Rakyat kawasan Engkilili diminta agar tidak terkeliru dengan kenyataan pelbagai pihak berhubung isu politik yang sedang berlaku dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili selepas ini.

Wakil rakyatnya Dr Johnnical Rayong anak Ngipa berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan dua buah akhbar tempatan bertarikh 26 Februari lepas berhubung sokongan rakyat Cina terhadap beliau sempena pilihan raya negeri kelak.

“Senario ini biasa berlaku menjelang pilihan raya. Apa yang dilaporkan oleh akhbar berkenaan berhubung isu projek pembangunan dalam kawasan Engkilili dan sokongan rakyat kaum Cina terhadap saya nyata tidak benar sama sekali.

“Segala projek pembangunan yang saya nyatakan terhadap rakyat sebenarnya sedang dilaksana pada waktu sekarang begitu juga dengan sokongan politik yang padu daripada majoriti rakyat kaum Cina kawasan Engkilili terhadap saya selama ini,” katanya.

Rakyat kawasan DUN Engkilili kata Rayong harus yakin bahawa beliau adalah calon yang dipilih untuk mempertahankan kerusi DUN Engkilili milik BN (Barisan Nasional) – SUPP pada pilihan raya negeri akan datang.

Justeru Rayong berharap agar rakyat kawasan DUN Engkilili tidak berpaling tadah daripada kerajaan BN dengan mengundi pihak pembangkang pada pilihan raya negeri akan datang.

“Saya bersama rakan iaitu Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak akan sentiasa turun padang membantu rakyat di kawasan ini. Jangan dengar tohmahan pihak pembangkang mengenai kerajaan selepas ini,” katanya.

Terdahulu Rayong telah menyampaikan cek peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM15,000 kepada Gereja Saint Michael Lubok Antu manakala Nyalau pula menyampaikan cek MRP bernilai RM30,000 juga kepada gereja berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment