Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

25 February, 2011

Azira harumkan nama SK Nanga Menyebat



Caption: BERJAYA...Macduff merakamkan gambar kenangan bersama Azira sebaik sahaja tamat pertandingan berkenaan.


LUBOK ANTU, Jumaat (25 Feb) - Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Menyebat, Lubok Antu terus unggul apabila menjuarai Pertandingan Bercerita Kategori Bahasa Malaysia (BM) bagi Tahap 2 sempena sambutan Karnival Sukan MSSR Zon Lubok Antu 2011 baru-baru ini.

Pertandingan yang diadakan di Dewan Dublin Unting, Sekolah Kebangsaan (SK) Melaban, Lubok Antu menyaksikan pelajarnya Azira Ali muncul juara bercerita bagi Tahap 2 menerusi cerita bertajuk “Pak Pandir dengan Jin”.

Kemenangan ini secara tidak langsung membolehkan beliau menewaskan lapan orang peserta yang turut mengambil bahagian dalam Pertandingan Bercerita Kategori Bahasa Malaysia (BM) bagi Tahap 2 berkenaan.

Azira ketika ditemui memberitahu bahawa ini merupakan kali pertama beliau muncul juara pertandingan bercerita bagi Tahap 2 apabila hanya muncul sebagai naib juara pada pertandingan tahun lepas.

“Saya berasa syukur dan berterima kasih atas segala usaha tenaga pengajar yang telah banyak mencurahkan usaha dan tenaga mereka untuk membantu saya muncul sebagai juara dalam pertandingan ini,” katanya terpilih untuk mewakili Zon Lubok Antu ke Pertandingan Bercerita Tahap 2 bagi peringkat MSSB Sri Aman kelak.

Sementara itu jurulatihnya, Macduff Goyang melahirkan rasa gembira di atas kejayaan Azira yang memenangi pertandingan ini hasil usaha gigih para guru dari pihak SK Menyebat.

“Di harapkan agar peserta kita mampu mengulangi kejayaan yang sama semasa bercerita diperingkat MSSB Sri Aman nanti. Tahniah diucapkan kepada semua pihak di atas kejayaan ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment