Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 February, 2011

"aweks' dari DUN Engkilili diperlawa serta pertandingan Poco Poco pada 6 mac ini

SRI AMAN, Rabu (9 Feb) – Wanita dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili dipelawa untuk menyertai Pertandingan Poco-Poco yang akan berlangsung di Balai Raya Skim Skrang, Engkilili pada 6 Mac ini.

Pertandingan Poco-Poco yang diadakan bersempena dengan sambutan Karnival Mesra Belia Sarawak 2011 Peringkat DUN N.28 Engkilili itu terhad kepada penyertaan 10 buah pasukan sahaja.

Jurucakap penganjur dari Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Poco-Poco sempena Karnival Mesra Belia Sarawak 2011 Peringkat DUN N.28 Engkilili memberitahu setiap pasukan diwajibkan mendaftar seramai enam orang peserta wanita berumur 18 tahun ke atas.

“Penyertaan adalah percuma. Peserta wanita mestilah warganegara Malaysia dan telah bermaustatin tidak kurang dari tempoh tiga bulan sebelum tarikh tutup pertandingan iaitu 27 Februari ini pada jam 10 pagi.,” menurut kenyataan yang difaks ke Utusan Sarawak hari ini.

Sesi cabutan undi katanya akan diadakan bermula jam 10.30 pagi pada hari tarikh tutup berkenaan di Balai Raya Skim Skrang dan setiap pasukan wajib membawa cd / vcd/ dvd masing-masing untuk diserahkan kepada urusetia kira-kira dua hari sebelum pertandingan bermula.

Selain itu sistem penilaian penghakiman bagi pertandingan ini katanya berpandukan kepada kreativiti (30 peratus), pakaian (20 peratus) dan tempo / persembahan iaitu 50 peratus markah.

“Pasukan juara akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM130 beserta hamper. Manakala tempat kedua dan ketiga pula akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100 dan RM70 juga beserta hamper,” katanya.

Enam buah pasukan yang gagal memperoleh kedudukan tempat pertama hingga ketiga dalam pertandingan ini katanya akan memperoleh hadiah berupa wang saguhati bernilai RM100 per pasukan.

Pasukan yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan daripada Awang Said Awang Dollah dari Majlis Daerah Lubok Antu, Engkilili (013-8004567), Rose Unggom, Pejabat KEMAS Engkilili (019-8360205) dan Shirley Guru, Klinik Kesihatan Skim Skrang, Engkilili (019-8397438).

Tamat.

No comments:

Post a Comment