Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

28 June, 2010

Sokongan kaum Cina masih diperlukan



Caption: MANFAATKAN…Dr Rayong (empat kanan) menyampaikan cek MRP kepada Penghulu Suyong dalam majlis itu sambil disaksikan oleh Nyalau (tiga kanan)

ENGKILILI, Ahad (27 Jun) – Kerajaan Barisan Nasional (BN) amat memerlukan sokongan daripada penduduk kaum Cina dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili demi kesinambungan pembangunan di kawasan berkenaan selepas ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa berkata ia disebabkan oleh kebolehan penduduk kaum Cina yang mampu menyumbang ke arah perkembangan ekonomi di kawasan Engkilili dari masa ke semasa.

“Tahap ekonomi di kawasan Engkilili akan bertambah baik dengan adanya perlaksanaan projek pembangunan oleh pihak BN di kawasan ini. Justeru kita memerlukan sokongan penduduk kaum Cina untuk sama-sama menjayakan projek pembangunan di sini dengan menyokong BN sepanjang masa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ringkas Penyerahan Cek Peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada empat buah persatuan Cina dari kawasan Engkilili di Pekan Engkilili kelmarin.

Selain itu Rayong juga turut menasihatkan semua pengundi di kawasan DUN Engkilili untuk tidak memberikan sokongan terhadap pihak pembangkang menjelang pilihan raya negeri akan datang.

Hadir sama pada majlis ringkas berkenaan ialah Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak yang turut menyampaikan cek berjumlah RM10,000 kepada Tekong Cina Engkilili.

Terdahulu Rayong telah menyampaikan cek peruntukan MRP bernilai RM5,000 kepada Persatuan Hakka Engkilili, Persatuan Teochew Engkilili (RM5,000), Sekolah Chung Hua Engkilili (RM5,000) dan Kelab Kebajikan Reaksi dan Sukan Majlis Daerah Lubok Antu (RM3,000).

Beliau yang dijangka akan bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) dari Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) pada pilihan raya negeri akan datang juga menyampaikan peruntukan MRP kepada Biro Wanita Rumah Sibat, Jelukong sebanyak RM4,000.

Tamat….

No comments:

Post a Comment