Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 June, 2010

Sertai Futsal Terbuka Betong 2 hingg 4 Julai ini

SRI AMAN, Isnin (21 Jun) – Pejabat Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (PPSU) Bahagian Betong dengan kerjasama Komuniti Bestari Kampung Melayu Betong akan menganjurkan Pertandingan Futsal Terbuka Betong 2010 bermula dari 2 hingga 4 Julai depan.

Pertandingan Futsal Terbuka Betong 2010 yang akan berlangsung di Dewan Sukan Tan Sri Stephen Kalong Ningkan, Betong ini diadakan bersempena dengan Program Kecergasan Komuniti Bandar Peringkat Bahagian Betong 2010.

“Tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah untuk menanam dan mengalakkan golongan belia dari sekitar Bahagian Betong dalam menyertai aktiviti kesukanan dan kecergasan dari masa ke semasa.

“Justeru diharap agar lebih ramai golongan belia dari sekitar Bahagian Betong melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan dengan adanya penganjuran Pertandingan Futsal Terbuka Betong 2010 pada 2 hingga 4 Julai kelak,” menurut beliau.
Selain itu Pertandingan Futsal Terbuka Betong 2010 ini katanya juga secara tidak langsung akan dapat menghimpunkan semua golongan belia dari sekitar Bahagian Betong dalam menyertai aktiviti kecergasan.
“Tarikh tutup penyertaan adalah 30 Jun ini. Sebarang pertanyaan bolehlah dibuat dengan menghubungi pengerusi pertandingan iaitu Wan Boehana Haji Wan Omar menerusi talian 019-8667539.
“Mereka yang berminat boleh mendapatkan borang daripada Philip Jabu di Bank Simpanan Nasional (BSN) Betong. Bayaran RM100 akan dikenakan bagi setiap pasukan dari luar Bahagian Betong manakala bayaran RM50 pula akan dikenakan terhadap pasukan dari dalam Bahagian Betong ini,” katanya.
Tamat.

No comments:

Post a Comment