Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

26 June, 2010

Sayangi masa depan anda - Simoi


Caption: PENGHARGAAN...Simoi (tengah) sedang menerima cenderamata dari Saptuyah (kanan) sambil disaksikan (dari kiri) Felicia dan Shuib pada majlis itu hari ini.

SRI AMAN, Sabtu (26 Jun) – Penglibatan golongan pelajar dalam masalah sosial boleh mengancam masa depan hidup mereka pada masa akan datang demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Haji Peri.

Atas sebab ini beliau menasihatkan golongan pelajar dalam kawasan Sri Aman agar berfikir sedalam-dalamnya sebelum bertindak menjerumuskan diri dalam pelbagai masalah sosial yang berlaku di sekeliling diri masing-masing selepas ini.

“Komuniti kita kini dilemma berhubung isu penglibatan golongan muda dalam pelbagai masalah sosial seperti menghidu gam, gengstarisme, penyalahgunaan dadah, jenayah, sumbang maram dan sebagainya.

“Penglibatan golongan muda dalam masalah sosial nyata merugikan masa hadapan pembangunan negara. Justeru saya meminta agar golongan pelajar tidak mudah terpengaruh dengan masalah sosial yang boleh memusnahkan masa depan hidup mereka selepas ini,” katanya.

Simoi berkata demikian ketika berucap merasmikan Bengkel Teknik Menjawab Soalan PMR (Penilaian Menengah Rendah) 2010 anjuran MAKSAK Wanita Sarawak dan Yayasan Sarawak di bilik persidangan Majlis Daerah Sri Aman hari ini.

Selain itu beliau juga mengalakkan golongan pelajar untuk memanfaatkan penggunaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) secara positif bagi tujuan pembelajaran masing-masing.

“Penggunaan ICT seperti internet sememangnya amat baik untuk pendidikan selagi para pelajar pandai menggunakan kemudahan terbabit untuk mencari ilmu pengetahuan terkini yang berkaitan dengan matapelajaran masing-masing.

“Dengan menjadikan ICT sebagai medium kedua untuk memperoleh ilmu maka saya yakin negara kita akan mampu melahirkan lebih ramai golongan modal insan berkualiti kelas pertama menjelang 20 tahun akan datang,” menurut beliau.’

Hadir sama ialah Pengerusi Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Sarawak (MAKSAK) Wanita Sarawak, Datuk Amar Hajah Saptuyah Haji Suib, Ketua Penolong Pengarah Yayasan Sarawak, Haji Mohd Shuib Haji Maknun dan Timbalan Residen Sri Aman, Felicia Tan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment