Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 June, 2010

Petani dapat nenas kembar tiga


Caption: GANJIL...Tawi bersama anaknya ketika sedang menunjukkan buah nenas ‘kembar tiga’ kepada Utusan Sarawak baru-baru ini.

SRI AMAN, Isnin (7 Jun) – Seorang petani dari kawasan Sungai Reboh, Undop, Batu Lintang berasa terkejut apabila mendapati pohon nenas yang ditanam olehnya menghasilkan buah bercantum tiga.

Dalam kejadian berkenaan, Tawi anak Balai mendapati bahawa pokok nenas miliknya menghasilkan buah bercantum tiga ketika membersihkan kawasan kebun beberapa hari lepas.

“Kebiasaannya bagi semua orang yang sering menanam tanaman berkenaan, satu pokok nenas hanya akan menghasilkan satu biji buah bagi satu musim.

“Namun ketika sedang sibuk membersihkan kawasan kebun beberapa hari lalu, saya terkejut apabila mendapati salah satu tanaman nenas saya menghasilkan tiga buah biji secara bercantum,” katanya.

Beliau yang mula menanam nenas di kawasan kebun miliknya pada akhir tahun lepas mendakwa bahawa ia merupakan kejadian pelik yang pertama berlaku dalam hidup beliau selama ini.

Tawi bercadang akan menyimpan buah nenas ‘kembar tiga’ berkenaan di dalam rumahnya sebagai hiasan selepas ini dari bertindak menjualnya kepada pihak tertentu yang berminat terhadap buah ganjil berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment