Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 June, 2010

Jangan mudah terpengaruh dengan pembangkang kata NYalau


Caption: TERIMALAH…Nyalau (empat kiri) ketika menyampaikan cek bernilai RM5,000 kepada Ketua Biro Wanita Sebangki Panjai iaitu Anchon Raoh (dua kanan) sambil disaksikan oleh Rayong (tiga kanan).

LUBOK ANTU, Isnin (14 Jun) – Rakyat diminta agar tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan pihak pembangkang yang sengaja memburuk-burukan kerajaan dan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) selepas ini.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak berkata tindakan pembangkang ini adalah merupakan salah satu taktik mereka untuk mengurangkan pengaruh BN terhadap rakyat menjelang pilihan raya nanti.

“Ada rakyat yang mudah percaya dengan dakwaan pihak pembangkang terbabit. Akibatnya ialah mereka berpaling tadah dari menyokong pihak kerajaan kepada menyokong pihak pembangkang.

“Sebenarnya situasi seperti ini boleh menjejaskan pembangunan di kawasan rakyat yang bertindak menyokong pembangkang sehingga menyebabkan kawasan mereka ketinggalan dari pembangunan selepas itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berkunjung ke Rumah Jubang Bin, Sebangki Panjai, Lubok Antu untuk menyerahkan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) menerusi majlis ringkas berkenaan baru-baru ini.

Selain itu rakyat kata Nyalau harus berani meluahkan masalah kebajikan hidup masing-masing terhadap wakil rakyat di kawasan mereka agar isu itu dapat diketengahkan kepada kerajaan.

“Kerajaan tidak akan dapat membantu rakyat jika mereka sendiri tidak berani untuk mengketengahkan masalah kebajikan hidup terhadap kita menerusi wakil rakyat di kawasan masing-masing.

“Justeru bertindak menyokong pembangkang pada pilihan raya sebagai respon marah adalah tidak ‘gentlemen’. Mereka sebaliknya haruslah berani memberitahu kerajaan tentang masalah masing-masing agar kerajaan dapat mengambil tindakan untuk membantu mereka selepas itu,” katanya.

Terdahulu Nyalau menerusi majlis berkenaan telah menyerahkan cek MRP ke Biro Wanita Rumah Panjang Sbangki Panjai, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Tr Medan, Pan dan Tr Usek, Jenggin.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Engkilili Dr Johnnical Rayong anak Ngipa, Pegawai Penerangan Parlimen JASA P.203, Lubok Antu, Geoffery Baja anak Ricky Maba dan ketua kaum dari sekitar kawasan Lubok Antu.

Tamat....


No comments:

Post a Comment