Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 June, 2010

Demam world cup di Sri Aman


Caption: SERIUS...Seorang penonton sedang khusyuk menonton perlawanan pembukaan Piala Dunia menerusi tayangan skrin projektor di restoran Elison Seafoof malam tadi.

SRI AMAN, Sabtu (12 Jun) – Sambutan orang ramai terhadap perlawanan pembukaan Kejohanan Piala Dunia 2010 yang menemukan pasukan Tuan Rumah iaitu Africa Selatan dan Mexico ternyata meriah di Bandar Sri Aman bermula jam 9.30 malam tadi.

Ini kerana orang ramai dari bandar ini dilihat lebih gemar membawa rakan-rakan untuk menyaksikan siaran langsung perlawanan Piala Dunia 2010 di mana-mana premis perniagaan yang memasang skrin projektor besar untuk tujuan itu daripada menonton siarannya di rumah.

Tinjauan rambang Utusan Sarawak malam tadi mendapati bahawa dianggarkan ratusan orang penduduk membanjiri lebih tiga buah restoran makanan yang terdapat dalam bandar ini malam tadi.

Rata-rata orang ramai dilihat sudah membanjiri kawasan restoran ini sekitar jam 8.30 malam iaitu satu jam sebelum berlangsungnya perlawanan pembukaan Piala Dunai 2010 yang menemukan Africa Selatan dan Mexico.

Bagaimanapun disebalik kemeriahan sambutan Piala Dunia 2010 malam tadi, temasya ini sebenarnya memberi pulangan ‘durian runtuh’ terhadap mana-mana restoran yang menjadi tumpuan orang ramai untuk menyaksikan kejohanan Piala Dunia terbabit.

Selagi Piala Dunia 2010 berlangsung sehingga 11 Julai depan maka selagi itulah para peniaga restoran yang bertindak memasang wayang projektor di kedai masing-masing mendapat keuntungan berganda hasil jualan minuman dan makanan selepas ini.

Seorang peniaga iaitu Ellison Lingoh atau juga dikenali dengan panggilan mesra Encik Ek Ek ketika ditemui berkata kejohanan Piala Dunia merupakan salah satu peluang untuk beliau meraih keuntungan besar.

“Restoran saya akan meraih keuntungan besar ketika berlangsungnya Pesta Benak atau sambutan Chap Goh Mei. Namun kejohanan Piala Dunia 2010 ini adalah saya anggap yang terbaik kerana tempoh penganjuran perlawanan yang panjang (11 Jun – 11 Julai).

“Kejohanan Piala Dunia 2010 bakal membuatkan saya dan pekerja yang lain tidak akan senang duduk kerana orang ramai akan datang menonton perlawanan bolasepak di sini pada waktu malam,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment