Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

28 June, 2010

Budak mati kena telan buaya di Spaoh, Betong

BETONG, Ahad (27 JUn) – Seorang lelaki murid Tahun 4 dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sebemban, Spaoh maut dibaham buaya ketika sedang memancing di Tebingan Sungai Kampung Sebemban, Spaoh, Betong sekitar jam 4 petang kelmarin.

Jurucakap polis dari Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Betong ketika dihubungi memberitahu mangsa yang maut dibaham buaya petang kelmarin ini dikenali sebagai Mohd Azroy bin Juti, 10 tahun.

“Mangsa pada ketika itu dipercayai sedang bermain bersama rakan-rakannya sambil memancing ikan di sekitar kawasan Sungai Tebingan Sungai Kampung Sebemban, Spaoh.

“Ketika sedang leka bermain dan memancing di sungai berkenaan, seekor buaya tiba-tiba muncul dan menyeret mangsa ke dalam sungai berkenaan,” katanya sambil menambah bahawa mangsa tiba timbul semula di sungai setelah diterkam buaya berkenaan.

Pihak polis kemudiannya menurut beliau terus bertindak melancarkan gerakan mencari dan menyelamat setelah menerima laporan berhubung kes mangsa terbabit di Balai Polis Betong selepas itu.

Mayat mangsa yang juga dikenali dengan panggilan Lasu dikalangan rakan-rakannya telah berjaya ditemui oleh pihak polis sekitar jam 10 malam tadi di kawasan berdekatan dengan Tebingan Sungai Kampung Sebemban terbabit.

“Mayat mangsa kemudiannya di hantar ke Hospital Betong untuk tujuan bedah siasat sebelum jenazah mangsa dikuburkan di Tanah Perkuburan Islam, Seruai, Spaoh pada waktu pagi hari ini,” katanya.

Justeru pihak polis menasihatkan para penduduk Spaoh untuk sentiasa mengawasi tindak-tanduk anak masing-masing ketika mereka bermain atau memancing di tebing sungai selepas ini.

Tamat.

4 comments: