Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 June, 2010

BSMM Sri Aman bantu mangsa kebakaran Rumah Bayai, Melaban


Caption: PRIHATIN...Mashore (kanan sekali) bersama AJK BSMM cabang Sri Aman ketika menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran Rumah Bayai, Melaban.

BETONG, Rabu (9 Jun) – Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) cabang Sri Aman telah turun padang untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran dari Rumah Bayai, Melaban, Betong yang ditimpa musibah akibat kejadian kebakaran baru-baru ini.

Terdahulu sejumlah 250 orang penduduk dari 21 buah pintu Rumah Bayai, Melaban, Betong tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang mereka musnah dijilat api pada 3 Jun lepas.

Rombongan BSMM cabang Sri Aman yang diketuai oleh Pengerusi Misi Kebantuan dan Bencana Alam BSMM cabang Sri Aman iaitu Mas Mashore Haji Maslem telah menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan makanan seperti beras, gula, roti dan sebagainya kepada mangsa kebakaran itu.

“BSMM cabang Sri Aman sentiasa turun padang untuk membantu golongan penduduk yang amat memerlukan bantuan terutama sekali terhadap mereka yang ditimpa tragedi atau bencana alam.

“Justeru diharap agar mangsa kebakaran Rumah Bayai, Melaban, Betong dapat memanfaatkan sepenuhnya segala bantuan yang disalurkan oleh pihak BSMM cabang Sri Aman selepas ini,” katanya.

Selain itu Mashore juga menyeru jasa baik orang ramai untuk sama-sama turun padang bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran dari Rumah Bayai, Melaban, Betong.

Sumbangan orang ramai berhubung kejadian kebakaran katanya amat penting demi mengurangkan lagi beban yang ditanggung oleh mangsa kebakaran berkenaan di masa akan datang.

“Pihak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan lain-lain persatuan juga boleh tampil menghulurkan bantuan kerana mereka boleh memainkan peranan yang lebih besar untuk membawa penduduk untuk sama-sama membantu mereka yang memerlukan selepas ini,” katanya.

Hadir sama dalam rombongan terbabit ialah Setiausaha BSMM cabang Sri Aman, Charles Tay dan ahli jawatankuasa BSMM cabang Sri Aman yang lain iaitu Johnex, Mas Fahmi, Johtiswaran dan Johniswaran.

Tamat.

No comments:

Post a Comment