Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 June, 2010

Bekerjasama anjur program perayaan


Caption: UNTUK ALBUM...Harden (belakang tiga kanan) ketika bergambar kenangan bersama tetamu dan penduduk Rumah Minggang pada program berkenaan.

SRI AMAN, Ahad (6 Jun) - Semua pihak agar diseru agar saling menjalinkan hubungan kerjasama ketika melaksanakan aktiviti atau program sesuatu perayaan untuk kebaikan bersama kata Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Katanya adalah amat sukar sekali sesebuah program bercorak perayaan berkenaan dianjurkan jika ia gagal mendapat hubungan kerjasama di antara semua pihak dalam perkara terbabit.

“Kerajaan telah mengalakkan semua penduduk berbilang kaum dalam negeri ini mengadakan serta menyambut sesuatu perayaan seperti Hari Raya, Gawai Dayak dan Tahun Baru Cina secara bersama-sama.

“Ia secara tidak langsung mengalakkan kita untuk mempertingkatkan hubungan kerjasama yang lebih mantap disamping mempertingkatkan semangat perpaduan diantara mereka selepas ini,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Ngabang Hari Gawai Dayak 2010 di Rumah Mingging Sigan, Kampung Ruan, Batu Lintang, Sri Aman pada 3 Jun lalu.

Sementara itu, Harden juga turut menyeru masyarakat Dayak untuk mengekalkan adat lama dan baru dalam menyambut perayaan Gawai Dayak demi menjamin kesinambungan budaya dan adat resam masing-masing selepas ini.

Jelasnya, masyarakat Dayak harus mengekalkan adat lama dan baru semasa menyambut Hari Gawai memandangkan budaya berkenaan telah berjaya mewujud serta mengekalkan hubungan perpaduan yang kukuh antara semua kaum di negeri ini.

“Lagipun perayaan Gawai Dayak tahun ini disemarakkan lagi dengan perlaksanaan Gagasan 1Malaysia. Justeru cara ini haruslah sentiasa dikekalkan oleh orang kita demi kebaikan pembangunan masa depan negeri pada masa akan datang,” katanya.

Program Ngabang Hari Gawai Dayak 2010 di Rumah Mingging Sigan, Kampung Ruan, Batu Lintang disemarakkan lagi dengan acara Riang Ria Hari Gawai, persembahan Gawai dan Ngetas Ranyai.

Tamat.....

No comments:

Post a Comment