Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

28 June, 2010

bantuan rakyat amat diperlukan - Mashore


Mugshot: MAS MASHORE HAJI MASLEM

SRI AMAN, Isnin (28 Jun) – Orang ramai dalam kawasan Sri Aman diseru untuk sentiasa turun padang bagi menghulurkan bantuan terhadap penduduk yang ditimpa musibah seperti kejadian kebakaran dan lain-lain bencana alam.

Pengerusi Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) cabang Sri Aman, Mas Mashore Haji Maslem berkata bantuan mereka amat penting demi mengurangkan beban yang ditanggung oleh golongan malang terbabit selepas ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk yang pernah membantu BSMM cabang Sri Aman dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan seperti pakaian kepada penduduk yang ditimpa musibah di Sri Aman sebelum ini.

“Justeru saya berharap agar tindakan penduduk berkenaan dapat dijadikan sebagai contoh untuk mengalakkan lebih ramai lagi golongan individu dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada pihak kita selepas ini,” katanya menerusi kenyataan berita bagi Majlis Makan Malam BSMM cawangan Sarawak di Sarikei baru-baru ini.

BSMM cabang Sri Aman pada majlis makan malam berkenaan telah menerima anugerah cabang paling aktif bagi Pengurusan Bencana Peringkat Negeri Sarawak dalam melaksanakan aktiviti bantuan kemanusiaan kepada penduduk selama ini.

Selain itu Mashore juga mengalakkan penglibatan lebih ramai golongan belia dari sekitar kawasan Sri Aman dalam menyertai aktiviti sukarelawan BSMM cabang Sri Aman selepas ini.

“Justeru penglibatan golongan belia dapat memperluaskan lagi usaha pihak BSMM cabang Sri Aman dalam membantu kebajikan penduduk yang dilanda bencana alam atau musibah kebakaran,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment