Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

30 June, 2010

Anak taukeh kedai kopi maut dalam kemalangan


Caption: TERUK...Kemalangan jalan raya di kawasan Sedarat, Lubok Antu telah menyebabkan seorang lelaki terbunuh hari ini.

SRI AMAN, Selasa (29 Jun) – Seorang lelaki maut dalam kemalangan jalan raya yang membabitkan kenderaan jenis Honda, Proton Wira dan kenderaan pacuan 4 Roda (Hilux) di kawasan Sedarat, Jalan Sri Aman – Betong pada awal pagi hari ini.
 
Sumber ketika dihubungi memberitahu bahawa mangsa yang maut dalam kemalangan terbabit hanya dikenali sebagai Tay iaitu anak kepada seorang peniaga kedai kopi di Pekan Lubok Antu.
 
“Mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan pulang menuju ke kawasan Lubok Antu dari arah Sri Aman bersama tiga orang lagi rakannya sebelum berlakunya kemalangan berkenaan.
 
“Manakala itu kereta Proton Wira dan Hiluk pula sedang dalam perjalanan dari Lubok Antu menuju ke Sri Aman. Punca sebenar kejadian tidak diketahui. Bagaimanapun faktor permukaan jalan licin akibat hujan pada waktu pagi dipercayai menyebabkan ketiga-tiga kenderaan bertembung sesama sendiri kerana hilang kawalan,” kata sumber.
 
Tay dipercayai maut serta-merta di tempat kejadian manakala seorang orang lagi rakannya pula mengalami cedera parah (koma) dalam kejadian kemalangan yang terletak kira-kira 600 meter dari kawasan simpang Lubok Antu.
 
“Seorang lagi rakan mangsa juga dipercayai mengalami kecedaraan dalam kemalangan ini. Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Bahagian Sri Aman untuk tujuan bedah siasat,” katanya.
 
Utusan Sarawak turut difahamkan bahawa pemandu kenderaan jenis Proton Wira dan Hiluk berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun kedua-dua buah kenderaan ini berada keadaan remuk.

Tamat.

No comments:

Post a Comment