Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 April, 2010

Halo muncul lagi di Sri Aman


Caption: MUNCUL LAGI...Gambar yang dirakam oleh penulis menunjukkan kemunculan semula Halo di sekeliling matahari pada lewat pagi hari ini.

SRI AMAN, Khamis (8 April) – Kemunculan semula Fenomena Halo di atas langit dalam Bandar Sri Aman pada hari ini kembali mengamit hati para penduduk semenjak mereka menyaksikan fenomena berkenaan pada waktu petang hari Selasa lalu.

Fenomena Halo iaitu kemunculan segmen cahaya yang disebabkan oleh biasan cahaya matahari terhadap kandungan air atau ais pada atmosfera telah muncul di sekeliling matahari pada jam 11.15 pagi hingga 12.10 tengahari hari ini berbanding jam 2.20 petang pada hari Selasa lepas/

Kemunculan Halo di sekeliling matahari telah menyebabkan beberapa orang penduduk bertindak mengambil gambar fenomena unik berkenaan dengan menggunakan kamera digital atau kamera telefon bimbit masing-masing.

Malahan terdapat di antara penduduk yang bertindak menimbun air di dalam besen hanya semata-mata mahu menyaksikan fenomena berkenaan daripada pantulan air terbabit.

“Ia merupakan kali ke-2 fenomena Halo muncul di atas langit dalam bandar ini semenjak ia pertama kali muncul pada 6 April lalu.

“Saya tidak sempat merakamkan gambar fenomena Halo di sini pada hari Selasa lalu disebabkan oleh faktor tertentu. Bagaimanapun ajaibnya saya berjaya melakukan perkara itu (merakam gambar Halo) pada hari ini,” kata Chai Min Sen, 27 tahun.

Katanya beliau amat meminati kejadian alam yang membabitkan fenomena Halo walaupun terdapat sesetengah golongan penduduk yang mendakwa bahawa fenomena berkenaan membawa petanda nasib buruk selepas ia muncul di langit.

“Saya tidak mempercayai kepercayaan seumpama ini. Bagi saya fenomena Halo merupakan salah satu kejadian alam yang sangat indah dan harus difahami oleh semua penduduk selepas ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment