Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

02 December, 2009

Todak FC juara futsal Kampung melayu Betong




Caption:

1. UNTUK ALBUM...Pasukan Todak FC dan Heaven Way merakamkan gambar kenang-kenangan bersama para tetamu kehormat sebaik saja tamat perlawanan akhir kejohanan itu.

2. JUARA! Pemenang kejohanan terbabit iaitu Todak FC bergambar kenangan sebaik sebelum bermulanya perlawanan akhir menentang Heaven Way.

BETONG, Rabu (2 Dis) – Pasukan Todak FC muncul juara Kejohanan Futsal Piala Bestari Kampung Melayu Betong setelah berjaya menumpaskan pasukan Heaven Way menerusi jaringan gol 6 – 1 menerusi perlawanan peringkat akhir yang berlangsung di Mini Stadium Betong pada hari Ahad lalu.

Dengan kemenangan ini, Todak FC telah berjaya membawa pulang hadiah berupa Piala Kejuaraan Kejohanan Futsal Piala Bestari Kampung Melayu Betong manakala pasukan Heaven Way berhasil membawa pulang hadiah berupa piala kedudukan naib juara pada pertandingan itu.

Kedudukan tempat ke-3 dalam Kejohanan Futsal Piala Bestari Kampung Melayu Betong ini telah dimenangi oleh pasukan UE Team setelah berjaya menundukkan saingan pasukan Purnama menerusi jaringan gol 4 - 0 pada pertandingan tersebut.

Terdahulu pasukan Todak FC telah berjaya melangkah ke pertandingan akhir kejohanan Futsal Piala Bestari Kampung Melayu Betong setelah berjaya menewaskan pasukan UE Team dengan jaringan gol 4 –0 pada saingan peringkat separuh akhir.

Manakala pasukan Heaven Way pula telah berjaya melangkah ke pertandingan akhir setelah berjaya menumpaskan pasukan Purnama dengan jaringan gol 4 –2.

Majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan tersebut telah disempurnakan oleh Penghulu Kampung Melayu Betong iaitu Haji Abang Zawawi bin Abang Rajit selaku tetamu jemputan pada majlis penutupan kejohanan tersebut.

Kejohanan yang disertai sebanyak 20 pasukan ini turut dihadiri oleh Ketua Pergerakan Parti Persaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan Kampung Hilir, Abang Suhaili bin Abang Pay dan Pengerusi Penganjur kejohanan, Sarip bin Liam.

Kejohanan yang bertujuan untuk mengalakkan penyertaan secara aktif golongan belia dalam aktiviti sukan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri itu akan dijadikan oleh Kampung Melayu Betong sebagai acara tahunan selepas ini.

Tamat.



No comments:

Post a Comment